Vera&John

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Vera&John ialah sebuah kasino dalam talian yang beribu pejabat di Malta. Vera&John dikendalikan oleh Dumarca Gaming Ltd yang mana syarikat induknya iaitu Dumarca Holdings PLC telah diambil alih oleh Intertain Group Ltd pada 2015.[1] Intertain Group Ltd disenaraikan di Bursa Saham Toronto. Vera&John dilesenkan dan dikawal oleh Pihak Berkuasa Perjudianen Malta dan Suruhanjaya Perjudian UK.[2][3] Vera&John telah diasaskan oleh Jörgen Nordlund, sebelum itu dikenali kerana mengasaskan Maria Bingo yang telah diambil alih oleh Unibet bernilai GBP 54 juta pada 2007.[4]

Sejarah Ringkas[sunting | sunting sumber]

  • 2010 - Kasino Vera&John dilancarkan, terutamanya menyasarkan pasaran perjudian Scandinavia dengan permainan daripada Betsoft, Microgaming dan NYX Gaming.
  • 2011 - Permainan Net Entertainment telah ditambah ke dalam pilihan permainan Vera&John.
  • 2013 - Permainan oleh Yggdrasil Gaming telah disediakan di kasino Vera&John.[5]
  • 2014 - Vera&John dikatakan menjadi kasino dalam talian dikawal yang pertama menerima Bitcoin sebagai pilihan bayaran, akan tetapi telah menggantung kemudahn bayaran Bitcoin 3 bulan kemudian.[6][7]
  • 2015 - Vera&John diambil alih oleh Intertain Group Ltd dengan bayaran sebanyak €89.1 juta.[8]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]