Verne Troyer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Verne Troyer
Verne Troyer (2009).jpg
Troyer pada tahun 2009
Kelahiran (1969-01-01) 1 Januari 1969 (umur 49)

Verne J. Troyer ( (1969-01-01) 1 Januari 1969 (umur 49) – 21 April 2018) ialah seorang pelakon, and aksi ngeri Amerika Syarikat. Troyer dikenali kerana ketinggiannya 2 kaki 8 inci (0.81 m), akibat cartilage–hair hypoplasia dwarfism, menjadikan dia salah seorang terpendek di dunia. Dia paling dikenali bagi peranannya Mini-Me dalam siri filem komedi Austin Powers.

Tahun Awal[sunting | sunting sumber]

Verne berasal dari keluarga yang mengamalkan gaya hidup Amish, mereka menetap di Centreville,Michigan.[1] Sepanjang dia membesar dia tidak pernah menonton sebarang filem hinggalah dia berusia 17 tahun, jadi minat untuk berlakon dalam industri perfileman hanya datang bila dia menginjak dewasa.

Selepas keluarganya meninggalkan ajaran Amish, bapa dan ibunya bekerja sebagai pekerja kilang dan bapanya mengambil upah membaiki barangan rosak. Verne mempunyai abang,Davon dan adik perempuan,Deborah yang membesar secara normal.

Dunia Perfileman[sunting | sunting sumber]

Sebelum ke Hollywood, dia terlebih dahulu menjejakkan kaki ke Arlington,Texas bersama teman-teman untuk mencuba nasib. Atas faktor fizikalnya yang kerdil dia dapat memegang watak unik seperti memakai kostum di dalam filem-filem yang memerlukannya berlakon sebagai orang utan,gorilla dan alien.[2]

Verne mula membintangi filem bajet besar dengan bertindak sebagai double-body untuk filem Baby Day's Out kisah dimana seorang bayi lelaki dari keluarga kaya dibawa lari oleh penculik yang menyamar sebagai wartawan untuk sejumlah wang tebusan.[3]

Perhatian dunia mula terarah padanya apabila memegang watak mini-me didalam filem Austin Powers, kembar kecil kepada Dr.Evil lakonan Mike Myers.

2008, Verne tampil didalam filem The Love Guru, sekali lagi dia berlakon bersama Mike Myers sebagai jurulatih pasukan hoki ais, Coach Punch Cherkov.[4]

Selain dari itu, dia juga memegang watak Goblin di dalam filem Harry Potter.[5]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]