Versailles

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Versailles
Komun
Versailles dimusnahkan selepas Perang Dunia Pertama oleh Jerman.
Versailles dimusnahkan selepas Perang Dunia Pertama oleh Jerman.
Bendera Versailles
Bendera
Jata bagi Versailles
Jata
Lokasi (bertanda merah) di pinggir bandar Paris dan pinggir luar
Lokasi (bertanda merah) di pinggir bandar Paris dan pinggir luar
Paras 433 ft (132 m)
Penduduk ( 2006 )
 • Jumlah 89,490
Poskod 78000

Versailles ialah sebuah komun di jabatan Yvelines di utara tengah Perancis. Ia terletak di pinggir bandar barat ibu negara Perancis,17.1 km (10.6 mi) daripada pusat bandar Paris, Versailles berada di abad ke-21, sebuah pinggiran bandar Paris yang kaya dengan sektor ekonomi berasaskan perkhidmatan dan juga destinasi pelancongan utama. Mengikut banci 2008, penduduk bandarnya adalah 88,641[1] penduduk, turun dari puncak 94,145 pada tahun 1975.

Asal usul nama[sunting | sunting sumber]

Perdebatan mengenai etimologi Versailles berkenaan asal usulnya hangat diperdebatkan iaitu dikatakan berasal daripada perkataan Latin, versare, yang bermaksud "untuk terus berpaling, berulang-ulang",[2] ungkapan yang digunakan pada zaman pertengahan untuk membajak tanah, membersih hutan (tanah yang berulang kali "berubah"). Pembentukan perkataan ini mirip dengan perkataan Latin, seminare ("untuk menyemai") ​​yang dinamakan Perancis, semailles ("semaian", "benih yang disemai").

Semasa Revolusi 1789, pegawai-pegawai bandar telah mencadangkan konvensyen untuk menamakan semula Versailles Berceau-de-la-Liberté ("Cradle of Liberty"), tetapi mereka terpaksa menarik balik cadangan mereka apabila berhadapan dengan bantahan majoriti penduduk.[3]

Populasi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
Tahun Bil. penduduk
1793 35,093
1800 27,574 −21.4%
1806 26,974 −2.2%
1821 27,528 2.1%
1831 28,477 3.4%
1836 29,209 2.6%
1841 35,412 21.2%
1846 34,901 −1.4%
1851 35,367 1.3%
1856 39,306 11.1%
1861 43,899 11.7%
1866 44,021 0.3%
1872 61,686 40.1%
1876 49,847 −19.2%
1881 48,324 −3.1%
1886 49,852 3.2%
1891 51,679 3.7%
1896 54,874 6.2%
1901 54,982 0.2%
1906 54,820 −0.3%
1911 60,458 10.3%
1921 64,753 7.1%
1926 68,574 5.9%
1931 66,859 −2.5%
1936 73,839 10.4%
1946 70,141 −5.0%
1954 84,445 20.4%
1962 86,759 2.7%
1968 90,829 4.7%
1975 94,145 3.7%
1982 91,494 −2.8%
1990 87,789 −4.0%
1999 85,726 −2.3%
2009 86,477 0.9%

Imigrasi[sunting | sunting sumber]

Tempat lahir bagi penduduk Versailles dalam tahun 1999
Lahir di Perancis Metropolitan Lahir di luar Perancis Metropolitan
87.9% 12.1%
Lahir di
Perancis seberang laut
Lahir di luar negara dengan kerakyatan Perancis semasa lahir¹ Imigran EU-15² Imigran bukan EU-15
0.9% 4.2% 3.2% 3.8%
¹Kelompok ini kebanyakannya terdiri daripada pieds-noirs dari Afrika Barat Laut, diikuti oleh bekas rakyat koloni yang memiliki kerakyatan Perancis seja lahir (misalnya golongan elit penduduk asal dan koloni Perancis), dan anak bagi ekspatriat Perancis yang lahir di luar negera. Sila maklum bahawa luar negara di sini bermaksud negara bukan sebahagian daripada Perancis sejak 1999, jadi contohnya jika seorang lahir dalam 1950 di Algeria, semasa Algeria merpupakan sebahagian daripada Perancis, dia akan disenaraikan sebagai orang kelahiran luar negara dalam statistik Perancis.
²Seorang imigran ialah seorang yang lahir dalam negara luar dan tidak memiliki kerakyatan Perancis semasa lahir. Sila maklum bahawa seorang Imigran mungkin telah mendapat kerakyatan Perancis selepas berpindah ke Perancis, namun masih dianggap imigran dalam statistik Perancis. Sebaliknya, orang yang dilahirkan di Perancis dengan kerakyatan asing (anak kepada imigran) tidak disenaraikan sebagai imigran.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ibu pejabat Universiti Versailles Saint-Quentin-en-Yvelines terletak di bandar, serta ISIPCA, sekolah pasca sarjana dalam minyak wangi, produk kosmetik dan perumusan rasa makanan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]