Video muzik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Video muzik ialah satu filem pendek atau video yang megiringi satu karya muzik lengkap, selalunya sebuah lagu. Video muzik moden selalunya dibuat dan digunakan untuk sebagai alat pemasaran untuk mempromosikan jualan rakaman muzik.

Video muzik boleh juga dipanggil video promosi (singkatan PV dari promotional video). Sesetengah artis J-Pop menggunakan PV dengan pelbagai versi seperti "versi tarian" lagu seseorang artis itu yang menunjukkan aksi tariannya atau "versi syot dekat (close up)" yang fokus kepada wajahnya sahaja.