Visinal (kimia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
2,3-dibromobutana (kiri) dan 1,3-dibromobutana (kanan). Atom-atom karbon dengan kumpulan berfungsi visinal ditanda dengan warna merah.

Dalam kimia, jika dua kumpulan berfungsi visinal (daripada Latin vicinus = jiran), maknanya kedua-dua kumpulan berfungsi ini diikat kepada dua atom karbon yang bersebelahan. Contohnya, molekul 2,3-dibromobutana mempunyai dua atom bromin visinal, tetapi 1,3-dibromobutana tidak ada.

Sama juga, di dalam gem-dibromida, awalan gem (singkatan untuk geminal) menunjukkan yang kedua-dua atom bromin terikat pada atom yang sama. Contohnya, 1,1-dibromobutana adalah geminal.

Seperti mana konsep-konsep lain yang serupa seperti sin, anti, ekso atau endo, istilah visinal membantu menjelaskan bagaimana bahagian-bahagian molekul yang berbeza adalah berkaitan antara satu sama lain sama ada secara struktur ataupun secara ruang. Kata sifat "visinal" ini biasanya dihadkan hanya kepada molekul-molekul dengan dua kumpulan berfungsi yang sama. Istilah ini boleh juga dikembangkan untuk peganti gelang-gelang aromatik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]