Volt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cip barisan simpang Josephson oleh NIST sebagai volt piawai

Volt (simbol: V) ialah unit daya gerak elektrik (e.m.f.) atau beza keupayaan elektrik [1]. Sebagai contoh, beza upaya elektrik yang dibekalkan ke rumah ialah 240 volt.

Istilah volt diambil daripada nama seorang ahli fizik berbangsa Itali, Alessandro Volta yang mencipta bateri moden pertama, "timbunan volta".

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Volt ditakrifkan sebagai beza upaya merentasi satu pengalir apabila arus satu ampere melenyapkan satu watt kuasa. Jadi unit asas SInya ialah m2 · kg · s-3 · A-1, ataupun sama dengan satu joule tenaga per coulomb cas, J/C.

\mbox{V} = \mbox{W} \cdot \mbox{A}^{-1} = \mbox{J} \cdot \mbox{C}^{-1} = \mbox{m}^2 \cdot \mbox{kg} \cdot \mbox{s}^{-3} \cdot \mbox{A}^{-1}.

Sejak 1990 nilai volt dijaga untuk ukuran praktik menggunakan kesan Josephson, di mana satu nilai biasa digunakan sebagai pemalar Josephson, seperti yang ditentukan oleh Persidangan Umum berkenaan Berat dan Ukuran ke-18 sebagai

K{J-90} = 0.4835979 GHz/µV.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Rudolf F. Graf, "Volt", Dictionary of Electronics; Radio Shack, 1974-75. Fort Worth, Texas. ISBN B000AMFOZY