Wikipedia:Terlalu banyak butiran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari WP:TERLALUBANYAK)
Jump to navigation Jump to search
"WP:TERLALUBANYAK" dilencongkan ke sini. Untuk esei "Jangan terlalu banyak membantu", sila lihat Wikipedia:Jangan terlalu banyak membantu.

Apabila melihat seksyen atau subseksyen dalam rencana, editor sering cuba mengembangkannya, terutamanya sekiranya bahagian atau subseksyen tersebut pendek. Walau bagaimanapun, ada kalanya pengguna menambahkan satu atau lebih perkara berikut kepada rencana tersebut:

  • Perincian yang berlebihan
  • Kandungan tidak relevan yang diletakkan di dalam rencana yang lain
  • Kandungan remeh

Sebelum memasukkan bahan baru, seseorang harus mempertimbangkan kepentingan tambahannya. Adakah sesuatu topik itu diketahui secara meluas? Apakah hubungannya dengan ketara topik? Apa-apa butiran yang sewenang-wenangnya harus dikeluarkan. Pembaca mungkin kehilangan minat apabila sebahagian rencana menjadi terlalu terperinci mengenai satu aspek tertentu. Pada masa yang lain, pembaca mungkin mempersoalkan betapa terperinci mengenai sesuatu penting kepada topik itu. Wikipedia tidak sepatutnya menjadi koleksi setiap fakta tunggal mengenai subjek.

Apabila rencana atau bahagian mempunyai kandungan yang terlalu banyak dan menjadi kembung, adalah biasa bagi editor lain untuk meletakkan teg {{Terlalu terperinci}} atau {{Terlalu panjang}} dalam rencana. Dalam keadaan sedemikian, hapus butiran yang boleh dikeluarkan secara semunasabahnya.

Seimbang[sunting sumber]

Penyokong yang menambah banyak butiran boleh membantah bahawa semua butiran ini adalah sumber yang boleh dipercayai. Walaupun butirannya boleh dipercayai, pengguna perlulah membezakan diantara keperluan dan kehendak; dan mestilah seimbang. Dalam rencana mengenai seorang pelakon terkenal, setiap perincian tentang majlis perkahwinannya (yang hadir, jenis cincin, dll.) mungkin perincian yang berlebihan, kerana rencana itu sepatutnya memberi tumpuan pada pencapaiannya sebagai pelakon. Sebaliknya, jika ada rencana keseluruhan tentang upacara perkahwinan ini, perincian mungkin sesuai di sana.

Atau rencana berkenaan sekolah seperti berapa buah kelas, bilik, surau dan asrama adalah info yang berlebihan dan tidak fokus kepada apa yang sekolah itu sumbangkan.

Lihat juga[sunting sumber]