Wikipedia:Wikipedia bukanlah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalan pintas:

Wikipedia merupakan satu ensiklopedia atas talian, dan disebabkan ia boleh disunting oleh sesiapa pun, ia boleh juga dianggap sebagai satu komuniti atas talian. Oleh itu, perlu dijelaskan di sini beberapakan perkara yang bukan merupakan Wikipedia.

Ensiklopedia Wikipedia bukanlah[sunting | sunting sumber]

Sebuah ensiklopedia bercetak[sunting | sunting sumber]

Ini bermakna rencana-rencana di dalam Wikipedia boleh memasukkan gambar-gambar dan pautan-pautan yang berkenaan. Ia tidak terhad kepada stail dan panjang rencana bercetak.

Sebuah kamus[sunting | sunting sumber]

Cubalah membuat rencana yang agak mendalam, bukan sekadar memberi erti atau sinonim sahaja. Masukan kamus sepatutnya diletakkan di projek Wiktionary.

Tempat bersosial[sunting | sunting sumber]

Wikipedia ialah ensiklopedia umum, dan bukan merupakan:

  1. Tempat untuk berdakwah. Kami di Wikipedia sangat menghormati kebebasan untuk beragama dan beribadah. Jadi, anda mesti menghormati kebebasan orang lain untuk menganut kepercayaannya. Jika anda ingin menulis sebuah rencana yang berkaitan dengan unsur-unsur keagamaan, cubalah bersikap neutral. Jangan terlalu mengagung-agungkan agama sendiri dan jangan menghentam atau mencaci agama lain.
  2. Satu forum politik. Kami di Wikipedia menjunjung tinggi hak kebebasan untuk bersuara, tetapi sebuah ensiklopedia harus bersifat neutral dan informatif, serta bukan bersifat pujukan.
  3. Sebuah bilik sembang (chatroom). Wikipedia bukan tempat untuk bersembang atau chatting, halaman perbualan bukan disediakan untuk itu. Tujuannya untuk perbincangan perkara-perkara yang perlu atau bersangkut-paut dengan hal ehwal Wikipedia.
  4. Sebuah papan buletin untuk meletakkan mesej. Cubalah menulis rencana-rencana yang berguna dan janganlah menulis mesej-mesej yang merosakkan. Jika ingin mencuba-cuba, gunakan kotak pasir.
  5. Tempat meletakkan karangan peribadi. Wikipedia bukan merupakan jalan menyatakan pandangan anda terhadap sesuatu perkara, dan bukan juga tempat untuk menerbitkan hasil asli penyelidikan anda. Ia merupakan tempat untuk mengumpul maklumat dan fakta yang telah diketahui oleh manusia.
  6. Tempat meletakkan iklan. Janganlah meletakkan iklan sebuah produk di Wikipedia. Pengguna diperbolehkan menaruh pautan di halaman yang memperkatakan produk tersebut, tetapi janganlah berlebihan. Bersikaplah neutral dan jangan mencaci produk lain. Sila ingat bahawa Wikipedia tidak menyokong mana-mana produk atau syarikat.
  7. Tempat menulis halaman peminat (fan page). Wikipedia adalah sebuah ensiklopedia serius, jadi hindarilah daripada menulis rencana yang memuji-muji idola kegemaran anda, terutamanya artis-artis ternama.

Portal web peribadi[sunting | sunting sumber]

Wikipedia tidak menyediakan tempat untuk:

  1. Membuat laman web peribadi. Ahli Wikipedia mempunyai laman pengguna sendiri. Tetapi ia hanya untuk perkenalan ringkas dan maklumat berkenaan yang Wikipedia, bukan biografi penuh anda.
  2. Menyimpan data peribadi. Perkakasan Wikipedia terbatas jumlahnya, jadi seelok-eloknya sumber-sumber yang tersedia hendaklah dijaga sebaik mungkin. Cuma muatnaik fail-fail yang berkenaan sahaja di Wikimedia Commons. Fail-fail lain akan dihapuskan.

Portal pengetahuan umum[sunting | sunting sumber]

Wikipedia adalah ensiklopedia, dan bukan merupakan:

  1. Buku resepi masakan. Misalnya jika anda ingin menulis tentang nasi lemak, tulis mengenai asal-usulnya, apa ada di dalamnya dan jenis-jenis nasi lemak, tetapi janganlah memberi resepinya.
  2. Panduan pelancongan. Contohnya rencana mengenai Pelancongan di Kuala Lumpur patut bercerita mengenai Pasar Seni atau Tugu Negara, dan bukannya nombor telefon hotel kegemaran anda atau harga milo ais di Bangsar.
  3. Portal berita. Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia, jadi hindarilah daripada menyajikan berita-berita semasa yang terlalu banyak. Berita sebegitu boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan ke Wikinews. Cuma berita utama yang boleh dijadikan ensiklopedia boleh dimasukkan. Lihat Hal Semasa untuk contoh.
  4. Biografi orang. Biografi boleh ditulis, tetapi cuma untuk orang-orang yang betul-betul penting dan terkenal sahaja.

Komuniti Wikipedia bukanlah[sunting | sunting sumber]

Tempat bergaduh[sunting | sunting sumber]

Jika anda tidak setuju dengan sesuatu rencana, ubahlah ia. Tetapi jika suntingan anda dipadamkan, janganlah cepat marah. Lihat etika Wikipedia (Wikiquette) untuk adab-adab di Wikipedia. Berbincanglah dan carilah jalan penyelesaian dengan baik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]