Pergi ke kandungan

Warna karamel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Warna Karamel atau Perwarna Karamel adalah perwarna makanan larut air. Ia diperbuat daripada rawatan haba karbohidrat, secara umum dalam kehadiran asid, alkali, atau garam, dalam proses yang dipanggil pengkaramelan. Ia lebih teroksida berbanding gula-gula karamel, dan mempunyai bau gula hangus dan rasa yang agak pahit. Julat warnanya terdiri daripada kuning pucat ke Amber ke perang gelap.

Warna karamel adalah salah satu daripada pewarna makanan tertua dan paling banyak digunakan untuk meningkatkan warna semula jadi, membetulkan variasi semula jadi dalam warna, dan menggantikan warna yang pudar kerana penguraian melalui cahaya semasa pemprosesan dan penyimpanan makanan.