Wei Chuan Dragons

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wei Chuan Dragons
味全龍
Fail:Wei Chuan Dragons.png
Maklumat
LigaLiga Besbol Profesional China
LokasiTaipei City (1989–1999, 2021–sehingga kini )
Hsinchu (2022–sehingga kini)
StadiumStadium Besbol Bandar Taipei (1989–1999)
Stadium Besbol Tianmu (2021–2022)
Stadium Besbol Hsinchu (2022–sehingga kini)
Tahun penubuhan1989
2019 (penubuhan semula)
Kejuaraan liga19902 • 19911 • 19962 • 19972 • 20232
Kejuaraan Siri Taiwan1990, 1997, 1998, 1999
WarnaMerah
Kemunculan playoff8 (1990, 1991, 1996, 1997, 1998, 1999, 2022, 2023)
PengurusYeh Chun-chang
Seragam
Templat:Baseball uniformTemplat:Baseball uniform

Wei Chuan Dragons (bahasa Mandarin: 味全龍; ejaan: Wèiquán Lóng; Pe̍h-ōe-jī: Bī-chôan-liông) ialah pasukan besbol profesional dalam Liga Besbol Profesional Cina (CPBL) Taiwan yang pada mulanya wujud antara 1990 dan 1999. Pada tahun 2019, rundingan mengenai pemulihan daripada francais sederum pengembalian kepada CPBL telah berlaku. Pasukan ini bermain separuh satu musim liga besbol pada tahun 2020 dan menyertai semula semua jadual perlawanan CPBL pada 2021.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seragam Wei Chuan Dragons

Sejarah Wei Chuan Dragons bermula ketika ibu syarikat daripada Pelaburan Makanan Wei Chuan, mula menaja kelab besbol Universiti Kebudayaan China pada pertengahan dasawarsa 1970an. Selepas pelajar sekolah tinggi ini menyelesaikan pelajaran mereka, pelajar-pelajar yang sudah pas dari universitinya itu masih ingin melanjutkan hobi mereka. Kemudiannya mereka mnubuhkan pasukan amatur Wei Chuan pada tahun 1978; pasukan ini ialah salah satu daripada empat pasukan yang membina liga besbol di Taiwan iakni Liga Besbol Profesional China atau disingkat CBPL (Chinese Professional Baseball League). Sebab sejarah amatur yang panjang, kelab ini mempunyai penyokong yang banyak dan juga persaingan klasik melawan Brother Elephants, pasukan popular lain dan karcis mereka pun juga sering habis terjual. Pasukan ini dahulu bermain di Stadium Besbol Bandar Taipei yang kini telah dirobohkan.

Kelab ini memenangi kejohanan CPBL empat kali, pada tahun 1990, 1997, 1998, serta 1999, dan menjadi pasukan dengan gelaran CPBL terbanyak selepas musim 1999 berakhir. Selepas musim 1999, kerana kemenangan kelab itu 3 kali berturutan ibu syarikat Wei Chuan mengisytiharkan bersurainya kelab besbol mereka,[2] hal ini akibat daripada ugutan samseng tempatan (Jurulatih Wei Chuan Dragons, Hsu Sheng-ming dipukuli seorang samseng pada April 1999), dan Ting Hsin International Group yang mula melaburkan pengaruh dalam keputusan Wei Chuan kerana mereka memiliki saham 40% pada tahun 1998. Pengurusan Ting Hsin menganggap bahawa menyokong kelab besbol, sukan yang tidak terlalu ramai peminat di Taiwan hanya membazirkan wang sahaja.

Bersurainya kelab dengan tiba-tiba, menyebabkan rasa kecewa dan amarah penyokong tempatan bahkan syarikat sampai didakwa kerana keputusan itu. Tetapi, Wei Chuan tetap pada pendiriannya. Selepas daripada perkara itu, kaki tangan kelab besbol Wei Chuan dan pemain-pemainnya terkatung-katung. Ada yang memutuskan bersara mencari kerjaya lain, ada pula yang menjadi bahagian daripada kelab Sinon Bulls atau Kaohsiung-Pingtung Fala.

Kelab ditubuhkan semula pada tahun 2019, selepas 20 tahun bersurai kerana Ibu Syarikat Wei Chuan melihat bahawa minat besbol telah meningkat. Semulanya Wing Chuan ke dalam liga profesional pada tahun 2021 dialu-alukan cergas oleh masyarakat dan pemerintah, bahkan alu-aluan itu sampai melampui Rekod Dunia Guinness Jepun iaitu pembaling bola terbanyak dalam satu masa yang sama. Pada tahun 2023 mereka berjaya memenangi gelar liga yang ke-5.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shan, Shelley (14 May 2019). "Wei Chuan Dragons are fifth team to join CPBL". Taipei Times. Dicapai pada 14 May 2019.
  2. ^ Shan, Shelley (25 June 2019). "CPBL welcomes back Dragons after 20 years". Dicapai pada 25 June 2019.