Wikipedia:Manual gaya penulisan/Istilah asing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wikipedia bahasa Melayu pada dasarnya hanya menerima rencana yang dibuat dalam bahasa Melayu.

Wikipedia asasnya merupakan ensiklopedia pelbagai-bahasa. Tetapi ini tidak bermaksud Wikipedia menerima bahasa rojak. Tetapi, kemasukan perkataan bahasa asing ke dalam rencana adalah diterima sekirannya ia digunakan secara terkawal.

Penggunaan istilah asing secara berlebihan[sunting sumber]

Istilah asing yang anda masukkan akan dianggap "terlebih" apabila ia merupakan kemasukan yang tidak perlu, atau membazir ruang suntingan. Kehadiran terlalu banyak istilah asing akan menyebabkan rencana anda sukar dibaca, lebih-lebih lagi bagi mereka yang jahil tentang bahasa asing. Maka dengan itu, anda harus mengawal penggunaan istilah asing dalam rencana anda. Sehubungan itu, penggunaan istilah bahasa asing adalah tidak harus dalam keadaan ini:

  • Konsep yang ingin disampaikan mampu disampaikan menerusi istilah bahasa Melayu.
  • Konsep budaya asing yang ingin disampaikan sudah mempunyai terjemahan yang popular dalam bahasa Melayu.

Maka pada pokoknya, pengguna Wikipedia bahasa Melayu haruslah mengutamakan diksi (pemilihan kata) bahasa Melayu semasa menulis rencana. Kemasukan istilah bahasa asing haruslah dianggap alternatif terakhir.

Penggunaan istilah asing yang diizinkan[sunting sumber]

Biasanya istilah bahasa asing akan digunakan untuk menerangkan unsur-unsur budaya asing seperti nama kitab, konsep budaya dan lain-lain lagi. Contohnya, apabila menyebut tentang "Kitab Kitaran" yakni salah satu kitab klasik dalam budaya Tiong Hua, maka sebaik-baiknya kita menyertakan nama asalnya dalam bahasa Cina iaitu "易经" dan juga bunyinya "I-Ching". Maka dengan itu, pembaca akan mengerti akan apa yang anda sebutkan itu.

Penyertaan istilah asing menjadi lebih penting lagi apabila tiada satu persetujuan umum tentang terjemahan sesuatu konsep budaya asing itu. Contohnya, "易经" mempunyai terjemahannya dalam bahasa Inggeris yang disetujui umum iaitu "the book of change" Tetapi, dalam bahasa Melayu ia mungkin diterjemahkan sebagai

  • Kitab Kitaran
  • Buku tentang Perubahan
  • I-Ching
  • Kajian tentang Pertukaran
  • lain-lain lagi.

Keadaan ini timbul apabila para sarjana bahasa Melayu masih belum menentukan terjemahan rasmi untuk terjemahan the book of change. Maka dalam keadaan ini, anda harus menyertakan istilah asalnya supaya pembaca dapat mengenal pasti tentang apakah konsep yang anda sedang terjemah. Di sini, anda dingatkan supaya meng-italic-kan (mencondongkan) istilah asing yang anda masukkan.