Wikipedia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wikipedia
A white sphere made of large jigsaw pieces. Letters from several alphabets are shown on the pieces.
Wikipedia wordmark
URL wikipedia.org
Slogan The Free Encyclopedia
Komersial? Tidak
Jenis tapak web Projek ensiklopedia internet
Pendaftaran Pilihan
Bahasa yang disediakan Terdapat 275 versi bahasa yang aktif (285 jumlah versi-versi Wikipedia secara keseluruhan)
pengguna 35,000,000 (jumlah keseluruhan berdaftar daripada semua versi)[1]
Lesen kandungan Creative Commons Attribution/
Share-Alike
3.0
(kebanyakkan teks juga tersedia dalam dwi-lesen dibawah GFDL)
Pelesenan media adalah pelbagai
Pemilik Yayasan Wikimedia
Dicipta oleh Jimmy Wales, Larry Sanger[2]
Dilancarkan Januari 15, 2001; 13 tahun yang dahulu (2001-01-15)
Kedudukan dalam Alexa 6 (Oktober 2013)[3]
Status semasa Aktif

Wikipedia (tulisan Jawi:ويكيڤيديا) ialah sebuah ensiklopedia yang boleh diubah suai dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan perisian wiki. Wikipedia dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia yang tidak mengambil apa-apa keuntungan daripada khidmat yang diberikan. Sebagai tambahan kepada matlamat ensiklopedia iaitu untuk memberikan pengetahuan, Wikipedia juga memasukkan maklumat yang lebih kerap dikaitkan dengan almanak dan jurnal, dan juga perkara semasa. Kandungan Wikipedia dibina sepenuhnya oleh para penggunanya. Tidak ada seorang pun yang dapat memiliki maklumat yang terdapat di dalamnya dan tidak ada rencana yang akan ditamatkan. Satu lesen yang dikenali GFDL telah dicipta untuk memastikan setiap orang mengakui bahawa setiap orang mempunyai hak untuk memperbaiki setiap rencana.

Wikipedia adalah berkandungan terbuka, bermaksud ia boleh digunakan secara bebas, boleh disunting secara bebas, dan bebas untuk disalin dan disebarkan. Senang dikatakan, Wikipedia adalah kerja keras yang unik yang tidak wujud dalam ensiklopedia tradisional. Ia mempunyai sistem baik-pulih-sendiri dalam melalui cabaran-cabaran ini.

Wikipedia bermula sebagai projek Bahasa Inggeris pada 15 Januari, 2001, dan kemudiannya mendapat bahasa lainnya yang pertama, Perancis, pada 23 Mac, 2001. Wikipedia bahasa Melayu pula bermula pada 28 Januari 2003. Terdapat banyak usaha yang telah terlibat untuk membuatkannya berbilang bahasa, dan pada masa ini ia telah mengandungi lebih 18 juta rencana dan lebih 4 juta ialah rencana dalam bahasa Inggeris [4].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejak kejatuhannya yang disebabkan oleh masalah teknikal dan proses meningkat-upaya, Wikipedia telah beroperasi sejak 15 Januari, 2001. Lihat sejarah Wikipedia untuk maklumat lanjut. Lihat juga sejarah Wikipedia bahasa Melayu.

Perkara-perkara penting[sunting | sunting sumber]

Idea untuk mengumpulkan semua pengetahuan seluruh dunia di satu tempat boleh dikesan semula ke sejarah Perpustakaan Alexandria dan Pergamon. Idea moden untuk ensiklopedia am bercetak hanya bermula kembali dengan ahli ensiklopedia Denis Diderot dan pada abad ke-18. Lihat Ensiklopedia untuk keterangan lanjut.

Idea untuk menggunakan mesin pengautomatan melebihi pengeluaran bercetak untuk membina ensiklopedia yang lebih berguna boleh dijejak daripada cerita pendek H. G. Wells World Brain (1937) dan pandangan ke depan Vannevar Bush daripada berdasarkan filem-mikro Memex, dalam As We May Think (1945). Satu titik penting sepanjang laluan adalah juga projek Ted Nelson iaitu Project Xanadu (1960).

Dengan pembangunan Internet, ramai orang yang cuba untuk membangunkan projek ensiklopedia di talian. Lihat Projek ensiklopedia internet. Pendukung perisian percuma Richard Stallman telah menulis kebaikan Free Universal Encyclopedia and Learning Resource pada 1999. Beliau telah menerangkan maklumat Wikipedia sebagai "berita yang mengujakan," dan Free Software Foundation memberikan perangsang kepada orang ramai "untuk melawat dan menghantar ke laman ini".

Sifat penting[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga sifat penting untuk projek Wikipedia, yang mana menerangkan fungsinya pada World Wide Web:

  1. Untuk menjadi ensiklopedia.
  2. Untuk menjadi WikiWiki, di dalamnya (dengan beberapa kelainan) ia boleh disunting oleh sesiapa.
  3. Untuk menjadi sumber terbuka, dan menggunakan copyleft Lesen Dokumentasi Bebas GNU.
Jika anda mahu menjadi penyumbang Wikipedia, sila lihat laman selamat datang.

Vandalisme[sunting | sunting sumber]

Satu isu yang kerap diperkatakan di Wikipedia adalah "vandalisme" atau laku musnah, iaitu membuat kerosakan terhadap rencana. Sebagai contoh, Sarah Lane, penyampai "Sarah's Blog Report," sebahagian program TV The Screen Savers di TechTV, "melaku musnah" laman Wikipedia mengenai monkeypox semasa bersiaran langsung [5] - hingga menyebabkan peningkatan laku musnah pada laman tersebut oleh penonton rancangan TV itu. Lane kemudian menulis "Walaupun ia mengujakan saya disebabkan oleh kemudahan dan keringkasannya, ia menakutkan saya serba sedikit. Maksud saya jika saya sebaliknya menulis 'Majikan saya seorang yang gemuk gedempol **** dan no telefonnya adalah ****'? Tentunya, seseorang akan memadamkannya, tetapi ini memerlukan moderator yang berdedikasi." [6]

"Desebabkan Wikipedia adalah percuma, projek terbuka, ia menarik elemen anarki," Larry Sanger, pengasas bersama Wikipedia, mengakui kepada Wired News. "Walaupun begitu, kebanyakan daripada kita mahu mengambil pendekatan memerangi vandalisme ... dan membuangnya dengan segera."

Menurut rencana Wall Street Journal pada Februari 2004, pengkaji telah menjumpai bahawa setiap kerja-kerja vandalisme kerap kali dibaiki: Kajian yang terbaru oleh sekumpulan IBM menjumpai bahawa kebanyakan vandalisme yang dilakukan di Wikipedia telah dibaiki hanya dalam masa lima minit. Begitu pantas: "Kami terkejut dengan bagaimana kerapnya kami menjumpai perbuatan vandalisme, dan terkejut sekali lagi bagaimana cepatnya ia diperbetulkan," kata Martin Wattenberg, seorang pengkaji di IBM TJ Watson Research Centre, di Cambridge, Mass. [7]

Polisi[sunting | sunting sumber]

Setiap orang/pihak yang mengambil bahagian dalam Wikipedia akan ditakrifkan sebagai pengguna atau (Ahli Wikipedia). Dan pengguna / ahli Wikipedia ini biasanya mematuhi, dan dipaksa mematuhi, beberapa ketetapan penting yang terkandung dalam Wikipedia:Dasar dan garis panduan.

Pertamanya, kerana terdapat berbagai-bagai jenis pengguna yang mengambil bahagian dalam Wikipedia yang mempunyai pelbagai ideologinya tersendiri, yang hadir dari seluruh dunia. Wikipedia bertekad untuk membuatkan semua rencananya kurang berat sebelah sebaik mungkin. Bagaimanapun terdapat kritikan dari pihak tertentu yang mengatakan terdapatnya kewujudan suatu agenda yang digelar "berat sebelah bersistematik" yang dibikini oleh para peserta mampu mewarnai nilai keberkecualian sesuatu rencana. Matlamat mereka adalah untuk menulis rencana dari satu sudut pandangan sahaja, sudut pandangan bersifat objektif — ini merupakan pemahaman yang salah, dan sewajarnya untuk warga Wikipedia menanganinya menurut peruntukan dasar dan garis panduan yang tersedia.

Keduanya, perlu mengikuti dasar penamaan tajuk rencana; sebagai contoh, apabila terdapatnya kewujudan beberapa nama untuk sesuatu subjek khusus, nama yang menjadi kebiasaan oleh Wikipedia akan digunapakai.

Ketiganya, pengguna / ahli Wikipedia diperlukan untuk menggunakan laman perbincangan atau laman setara dengannya bagi memperkatakan sesuatu perubahan yang berlaku keatas sesuatu rencana atau laman. Hal ini semestinya lebih berhemah berbanding berbincang atas sesuatu perkara berbangkit hanya di dalam rencana tersebut sendiri.

Keempat, terdapat beberapa kemasukan yang tidak begitu digalakkan untuk membentuk rencana ensiklopedia ini. Contohnya, definisi kamus dan semua sumber bahan tambahan seperti teks undang-undang serta ucapan tidak diterima. (Walaubagaimanapun, beberapa projek kembar Wikipedia, seperti Wiktionary and Wikisource, direka sebagai tempat menyimpan untuk menyimpan pengetahuan yang bernilai, seperti yang telah disebut dalam ayat sebelum ini, yang tidak begitu tepat dimasukkan ke dalam Wikipedia.)

Kelima, terdapat berbagai-bagai larangan yang kadang-kala bertentangan dengan petunjuk, polisi, dan tingkah laku kebiasaan yang telah dipraktikkan dan disahkan praktisannya oleh komuniti Wikipedia secara sepersetujuan bersama. Apabila sesuatu peraturan itu dicabar atau diabaikan, ia akan diputuskan satu perkara demi satu perkara sama ada untuk mengenakan peraturan yang lebih ketat atau tidak.

Perseorangan[sunting | sunting sumber]

Wikipedia telah disunting oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Wikipedia menamakan orang yang menyuntingnya sebagai Wikipedian.

Tidak ada istilah untuk ketua editor. Dua orang yang telah membentuk Wikipedia ialah Jimmy Wales (CEO syarikat kecil Internet Bomis, Inc.) dan Larry Sanger. Nama domain Wikipedia.com telah didaftarkan di bawah nama Wales. Untuk 13 bulan yang pertama, Sanger telah dibayar oleh Bomis untuk bekerja di Wikipedia. Sanger telah dikatakan seringkali menjadi perantara dan membuat keputusan berkaitan isu-isu yang hangat didebatkan. Ini bukanlah berasaskan kepada autoriti rasmi tetapi berdasarkan atas permintaan daripada pengguna-pengguna secara keseluruhannya. Dana habis untuk bayaran kedudukannya, mendorong kepada dia berhenti pada Februari 2002. Pekerja samasa dan masa lalu Bomis yang membuat kerja pada ensiklopedia termasuk Tim Shell, salah seorang pengasas-bersama Bomis, termasuk juga pengaturcara Jason Richey dan Toan Vo.

Perisian dan perkakasan[sunting | sunting sumber]

Versi asal perisian wiki yang digunakan oleh Wikipedia ialah UseModWiki yang ditulis oleh Clifford Adams ("Fasa I"). Pada mula-mulanya, ia memerlukan CamelCase untuk mencipta pautan; tidak lama kemudian, kaedah pautan dengan tanda kurung kembar yang kini digunakan diperkenalkan. Pada Januari 2002, Wikipedia mula dikendalikan dengan perisian wiki PHP yang berdasarkan pangkalan data MySQL. Perisian ini yang menambahkan banyak ciri (dan membatalkan tindakan kata-kata CamelCase menjadi pautan secara automatik), ditulis khusus untuk projek Wikipedia oleh Magnus Manske ("Fasa II"). Tidak lama kemudian, tapak itu beransur-ansur menjadi perlahan sehingga penyuntingan hampir tidak dapat dilakukan; banyak kali pengubahsuaian kepada perisian itu hanya memberikan penyelesaian sementara. Kemudian, Lee Daniel Crocker menulis semula seluruh perisian; versi yang baru yang merupakan suatu peningkatan utama yang telah digunakan sejak Julai 2002; perisian "Fasa III" ini kini dipanggil MediaWiki. Sejak dari masa itu, Brion Vibber telah bertanggungjawab kepada tugas membetulkan pepijat dan menalakan prestasi pangkalan data.

Pada akhir 2003, komputer pelayan yang perlahan menjadi masalah yang serius untuk penyumbang-penyumbang Wikipedia. Ramai di antara mereka mendapat masalah untuk menyunting rencana disebabkan oleh habis masa ("time-out") dan kelembapan yang luar biasa. Ini disebabkan oleh cuma terdapat satu pelayan sahaja yang melayan semua ahli Wikipedia pada satu-satu masa.

Projek ini sekarang berjalan di sembilan komputer pelayan yang tersendiri yang terletak di Florida. Tatarajah baru sekarang termasuklah satu pelayan pangkalan data dan empat pelayan web, yang mana memberikan laman yang diminta, membuat peredaran untuk semua Wikipedias. Untuk menambahkan kelajuan, muka surat untuk pengguna akan disimpan di dalam sistem fail sehingga apa yang dipapar adalah tidak sah, membolehkan pemaparan muka surat untuk diabaikan untuk keseluruhan muka surat yang paling kerap dicapai. Permintaan muka yang telah disimpan dilayan oleh dua pelayan Squid; pelayan-pelayan tersebut dihubungkan antara satu sama lain melalui dua sistem fail pelayan NFS (satu sebagai simpanan kecemasan - komputer pelayan NFS utama juga sekarang ini digunakan sebagai pelayan e-mel).

Projek berkembar[sunting | sunting sumber]

Wikipedia mempunyai beberapa projek berkembar:

  • Wiktionary, sebuah projek kamus
  • Wikibooks, projek buku latihan percuma
  • Wikiquote, sebuah ensiklopedia petikan-kata percuma
  • Wikisource, repositori sumber teks dalam pelbagai bahasa yang samaada dalam alam awam "public domain" atau dibebaskan di bawah GFDL.

Memuat turun pangkalan data[sunting | sunting sumber]

Jikalau ada individu mahu menggunakan kandungan terbuka Wikipedia's untuk sesuatu yang tidak begitu sesuai untuk digunakan di Wikipedia, mereka boleh memuat turun versi terbaru bagi keseluruhan pangkalan data rencana untuk digunakan bagi berbagai tujuan, sebagaimana yang terdapat dalam terma GFDL. [4]

Beberapa tapak web, seperti "4reference.net" dan "nationmaster" telah menggunakan bayangan ("mirror") atau cabang ("fork") kandungan Wikipedia.

Anugerah yang telah diterima[sunting | sunting sumber]

2004[sunting | sunting sumber]

Mei[sunting | sunting sumber]

  • Memenangi Anugerah Golden Nica untuk Komuniti Digital bagi pertandingan tahunan Prix Ars Electronica. Membawa hadiah tunai €10,000 (£6,588; $12,700), grant dan jemputan ke Festival PAE Cyberarts di Austria pada tahun kemudian.
  • Dihakimi bagi Anugerah Webby bagi kategori "komuniti".[8] Wikipedia juga dicalonkan untuk untuk anugerah "Best Practices" Webby.

2007[sunting | sunting sumber]

  • 26 Januari 2007; dianugerahkan kedudukan dalam 4 jenama tertinggi oleh sidang pembaca brandchannel.com. Melalui undian yang dijalankan, Wikipedia telah meerima sebanyak 15% undi bagi jawapan kepada soalan; "Manakah jenama yang paling tinggi mmberi impak kepada kehidupan keita dalam tahun 2006?"[9]

2008[sunting | sunting sumber]

September[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman web yang berkaitan[sunting | sunting sumber]

Laman web hasil tulisan dan rencana akademik berkaitan[sunting | sunting sumber]

Tinjauan, sokongan dan perbincangan mengenai Wikipedia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jumlah penuh. Wikimedia.org. June 10, 2012. Retrieved June 11, 2012.
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Sidener tidak disediakan
  3. "Wikipedia.org Site Info". Alexa Internet. http://www.alexa.com/siteinfo/wikipedia.org. Capaian 2013-10-13. 
  4. Wikipedia:Multilingual coordination
  5. [1]
  6. [2]
  7. [3]
  8. "Webby Awards 2004". The International Academy of Digital Arts and Sciences. 2004. http://www.webbyawards.com/webbys/winners-2004.php. Capaian 2007-06-19. 
  9. Zumpano, Anthony. "Similar Search Results: Google Wins", Interbrand, 2007-01-29. Dicapai pada 2007-01-28. 
  10. "Die Quadriga – Award 2008". http://loomarea.com/die_quadriga/e/index.php?title=Award_2008. Capaian 2008-12-26.