Wikipedia:FAQ Berbual

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Senarai soalan lazim ditanya di bawah ini adalah berkenaan dengan fungsi perbualan di Wikipedia.

Adakah ahli Wikipedia boleh berbual-bual menerusi laman Wikipedia?[sunting sumber]

Ya. Anda boleh melakukannya menerusi laman perbualan

Adakah fungsi perbualan di Wikipedia sama seperti MSN ataupun ICQ?[sunting sumber]

Tidak. Fungsi perbualan di Wikipedia bukanlah instant messager. Sebaliknya ia berfungsi seperti cara anda menyunting laman rencana. Yang bezanya apa yang anda tulis/sunting ialah pesanan-pesanan yang ditujukan kepada seseorang/sekumpulan individu dan bukanlah isi rencana. Untuk maklumat berkenaan cara menyunting lihat: Wikipedia:Menyunting

Untuk apakah ahli Wikipedia itu berbual-bual?[sunting sumber]

Wikipedia adalah sebuah ensiklopedia. Dengan itu apa yang dibincangkan di laman perbualan Wikipedia semuanya adalah berkenaan tentang bagaimana untuk membaiki ensiklopedia ini. Menerusi perbualan, ahli Wikipedia akan membuat rancangan tindakan bersama demi membaiki Wikipedia.

Bolehkan saya menggunakan laman perbincangan Wikipedia untuk bersembang?[sunting sumber]

Tidak, jika anda bersembang tentang topik yang tidak ada kena-mengena dengan perkembangan Wikipedia. Segala isi kandungan yang tidak bersangkut dengan ensiklopedia akan dikeluarkan daripada Wikipedia termasuklah pesanan omong kosong di laman perbualan.

Adakah tanda tangan itu wajib?[sunting sumber]

Ya. Anda harus menanda tangan untuk semua pesanan di laman perbualan dengan meletakkan empat kali tanda gelombang ~~~~ di ruang suntingan.

Apakah yang akan berlaku jika saya tidak menanda tangan?[sunting sumber]

Ahli wikipedia yang lain sebenarnya masih boleh mengesan siapa yang meninggal pesanan walaupun orang itu tidak menanda tangan. Ia boleh dikesan melalui fungsi "perubahan terkini" ataupun menerusi laman sejarah". Daripada itu, pentadbir Wikipedia masih dapat mengesan mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat di sini dan menghalau mereka keluar walaupun mereka tidak menanda tangan.

Adakah kata-kata saya di laman perbualan dapat diubah oleh orang lain?[sunting sumber]

Ya. Tetapi ini bukan masalah besar kerana orang yang mengubah kata-kata orang lain senang dikesan dan mereka akan dihalau keluar daripada Wikipedia.


Rencana ini merupakan sebahagian daripada FAQ Wikipedia
Halaman FAQ...

Umum - Pembaca - Sekolah - Menyumbang - Menyunting - Pentadbiran - Berbual - Teknikal - Masalah - Hakcipta - Lain-lain

Lihat juga...

Halaman bantuan