Wikipedia:Hubungi kami/Hantar foto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalan pintas:
Hubungi kami

Saya, atau seseorang saya wakili, ialah subjek dalam sesebuah rencana di Wikipedia. Saya berhajat ingin menghantar foto saya atau orang tersebut untuk kegunaan di Wikipedia dan projek berkaitannya.

Sudahkah anda cuba memuat naiknya sendiri? Anda boleh muat naik imej anda di halaman ini, dengan mengikuti beberapa langkah sahaja. Kemudian lengkapkan templat keizinan emel di en:WP:CONSENT, termasuklah nama orang dalam imej tersebut, dan emelkan borang keizinan ke permissions-commons@wikimedia.org. Jangan emel foto kepada alamat tersebut. Cara lain, anda boleh dapatkan bantuan di en:Wikipedia:Files for upload.

Anda boleh tambahkan ia di halaman rencana berkenaan orang tersebut, dengan mengikuti arahan di Wikipedia:Muat naik.

Walaupun ada kemudahan untuk muat naik melalui emel, ia memakan masa untuk kami semak. Disarankan anda muat naiknya sendiri melalui akaun Wikipedia anda.