Wikipedia:Hubungi kami/Sekatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hubungi kami

Saya telah disekat daripada menyunting[sunting sumber]

Rencana utama berkenaan ini adalah Wikipedia:Rayuan batal sekatan.

Anda boleh tunggu sehingga tempoh sekatan tamat.

Mungkin sekarang adalah masa untuk anda berehat sebentar daripada menyunting di Wikipedia dan melakukan perkara yang anda suka; contoh pergi ke perpustakaan dan tambah ilmu anda lagi. Oh jangan lupa anda tetap boleh baca Wikipedia, cuma tidak dapat menyunting sahaja.

Hubungi penyelia berkaitan sekatan untuk membuat rayuan.

Jika anda percaya anda tidak bersalah dan kesalahan itu bukan atas anda, terdapat dua jalan:

  • Langkah pertama anda ialah menghubungi penyelia, terutamanya jika anda rasa anda telah disekat kerana salah faham atau secara tidak sengaja bukan kerana kesalahan anda. Pergi ke laman pengguna penyelia tersebut dan pilih "Kirim e-mel kepada pengguna ini" dari alatan di sebelah kiri laman itu.
  • Anda juga boleh secara berasingan meminta pandangan berkecuali untuk menilai sekatan tersebut melalui penyelia tidak terlibat mengikut rayuan buka sekatan jika anda rasakan ia tidak adil.

Jika anda menyunting dari sekolah, pihak pentadbiran sekolah mungkin boleh membantu.

Sesetengah sekatan memberi kesan kepada seluruh sekolah. Pihak pentadbiran sekolah boleh bertindak dengan melaksanakan dasar sekolah dengan lebih tegas. Setelah ia dilakukan, barulah pentadbir sekolah boleh memohon untuk membuka semula sekatan tersebut. Permohonan seperti itu boleh dihantar kepada info-en-s@wikimedia.org. Alamat emel ini khusus untuk pihak sekolah sahaja. Bagi permohonan jenis lain akan dikehadapankan ke tempat yang sepatutnya, yang mungkin akan melambatkan maklumbalas emel tersebut.