Wikipedia:Jangan menciplak rencana Wikipedia Bahasa Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Menciplak bermaksud menyalin sesuatu karya ataupun karangan secara bulat-bulat. Perbuatan ini lebih dikenali sebagai copy and paste. Akibat daripada amalan ini, satu karya yang serupa keseluruhannya akan muncul dalam dua tempat yang berbeza.

Amalan menyalin rencana ciplak dari Wikipedia Bahasa Indonesia (WBI) akan mencacatkan Wikipedia Bahasa Melayu kerana ia akan menyebabkan Wikipedia bahasa Melayu menjadi klon kepada Wikipedia Indonesia, jika; sikap ini diteruskan dalam jangka masa yang lama.

Kewujudan dua ensiklopedia yang homogen di internet tidak akan memberi apa-apa manfaat tambahan kepada pembaca. Ia merupakan satu pembaziran ruang internet. Sebaliknya, kewujudan dua ensiklopedia yang membawa isi yang berbeza sudah tentu akan memberi lebih manfaat kepada pembaca, khususnya apabila kita sedang menghadapi kekurangan bahan rujukan dalam bahasa Nusantara di internet.

Tanda kemaskini bahasa[sunting sumber]

Jika anda menemui bahasa Indonesia dalam mana-mana rencana, anda boleh bertindak meletakkan tanda kemaskini dalam bahasa Melayu sebagaimana di bawah untuk pengemaskinian oleh mana-mana penutur yang fasih berbahasa Melayu.

Untuk meletakkan teg, taip {{BM}}. Rencana ini akan dimasukkan dalam Kategori:Rencana yang memerlukan kemaskini dalam BM.

Garis panduan ini berkuatkuasa ke atas semua rencana yang diciplak atau ditulis dalam bahasa Indonesia sahaja dan tidak boleh digunakan untuk penguatkuasaan keatas rencana bahasa asing lain.