Wikipedia:Laman bantuan penyumbang baru/Maaf, itu bukan kerja kami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
 Wikipedia:Halaman bantuan penyumbang baru


Gnome-face-sad.svg
Maaf, kami hanyalah sebuah ensiklopedia!

Assalamualaikum dan hello. Berdasarkan soalan kamu, mungkin kamu terbaca daripada 330,659 rencana ensiklopedia kami, dan fikir bahawa kami mungkin ada hubungan tertentu berkenaan subjek rencana tersebut. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah praktikal kamu yang tidak berkaitan dengan Wikipedia. Sila ambil perhatian kamu sekarang berada di Wikipedia, sebuah ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa sahaja. Juga Wikipedia tidak menyediakan apa-apa perkhidmatan atau sokongan yang selain dari laman web rasminya.. Maaf, kami hanyalah sebuah ensiklopedia.


Green check.svg Kami boleh bantu menjawab soalan-soalan umum seperti Adakah syarikat ini tersenarai dalam bursa saham?

X mark.svg Kami tidak dapat bantu menjawab soalan-soalan bukan umum seperti Kenapa Ketua Polis Negara tidak menjawab persoalan-persoalan yang saya utarakan?

X mark.svg Kami juga tidak dapat bantu menjawab soalan-soalan masalah kehidupan kamu seperti Saya telah diceraikan oleh suami saya. Tolonglah bantu saya.


Apa yang boleh kamu lakukan

Arrow icon.svg Cuba IRC. Di "ruang sembang" khas untuk Wikipedia di mana ahli-ahli Wikipedia berinteraksi melalui perbincangan langsung sesama mereka. Saluran rangkaian freenode (irc.freenode.net) mempunyai berbagai jenis saluran dan topik yang mungkin kamu boleh mendapatkan jawapannya. Ataupun kamu boleh merujuk kepada jabatan-jabatan berkaitan seperti jabatan kerajaan ataupun persendirian.

Arrow icon.svg Kamu boleh mencari pelbagai jenis katalog rencana dengan menaip sesuatu subjek di butang carian pada atas kanan skrin kamu, atau halaman carian ini.

Arrow icon.svg Jika kamu tidak dapat menjumpai maklumat-maklumat dalam ensiklopedia ini, iaitu sesuatu yang kamu jangkakan ada, kami mempunyai meja rujukan, terbahagi kepada beberapa bahagian, di mana ajuan soalan=soalan berilmiah sangat dialukan.

Arrow icon.svg Jika masalah kamu bukanlah sesuatu yang kamu rasa dapat diselesaikan melalui ensiklopedia, lalu silalah bertanya akan sumber-sumber lain seperti keluarga, sahabat, atau jabatan-jabatan berkaitan untuk kamu mendapat idea di mana kamu perlu selesaikannya.

Semoga berjaya!