Wikipedia:Pengguna yang disahkan secara automatik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pengguna disahkan automatik (bahasa Inggeris: autoconfirmed user) adalah pseudokumpulan akaun pengguna yang berumur lebih dari 4 hari dan telah melakukan minimum 10 suntingan. Status 'autoconfirmed' ini diperiksa setiap kali pengguna melakukan tindakan terhad: ia kemudian diberikan secara automatik oleh perisian. Status ini diperlukan untuk memindahkan laman, menyunting laman yang dilindungi separa, dan memuat naik fail atau memuatkan versi baru suatu fail. Pengguna yang disahkan secara automatik tidak lagi perlu memasukkan CAPTCHA untuk tindakan-tindakan tertentu, seperti memasukkan pautan luar dalam rencana.

Selain itu, pengundian di Wikipedia juga lazimnya menetapkan hanya pengguna sah layak mengundi. Bagaimanapun, had umur yang ditetapkan mungkin lebih ketat.

Lihat juga[sunting sumber]