Pergi ke kandungan

Wikipedia:Penyiasatan pengguna boneka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Administrator instructions

Sekiranya anda mengesyaki pengguna boneka oleh seorang penyelia, atau jika anda perlu mengemukakan bukti luar wiki atas sebab lain, anda mesti menghantar e-mel kepada kumpulan pemeriksa untuk membuka penyiasatan. Maklumat peribadi, e-mel, log, dan bukti sensitif lain tidak boleh dimuatkan di Wikipedia. Semua keterangan yang berkaitan dengan penyiasatan pengguna boneka mesti dinyatakan di halaman yang ditetapkan.
Apa itu pengguna boneka?

Halaman ini adalah untuk meminta kami menyiasat sama ada dua atau lebih akaun Wikipedia yang digunakan untuk melakukan penyuntingan jahanam oleh orang yang sama.

Sebelum membuka siasatan, anda perlu mempunyai alasan yang baik untuk mengesyaki pengguna boneka.

  1. Bukti sangat diperlukan. Apabila anda membuka penyiasatan, anda mesti dengan segera menyediakan bukti bahawa anda mengesyaki pengguna boneka. Bukti perlu disertakan iaitu perbezaan semakan suntingan yang mencadangkan akaun yang berkaitan. (Keperluan ini diketepikan jika penyuntingan yang dimaksudkan dipadamkan; dalam kes ini, hanya memberikan nama-nama halaman yang telah disunting oleh akaun tersebut)
  2. Anda mesti memberikan keterangan secara jelas. Permintaan kes yang samar-samar tidak akan disiasat. Anda harus benar-benar menunjukkan mengapa anda mengesyaki bahawa sesebuah akaun berkaitan adalah munasabah,

Siasatan dijalankan oleh Wikipedia:Pemeriksa, yang akan membandingkan tingkah laku akaun dan menentukan sama ada mereka mungkin berkait; ini adalah penyiasat bukti tingkah laku.

Oleh sebab polisi Pemeriksa, Pemeriksa akan menjalankan penyiasatan teknikal hanya jika bukti jelas, tingkah laku pengguna boneka juga diserahkan; jika anda meminta bukti teknikal untuk dilihat tetapi tidak memberikan keterangan tingkah laku, siasatan mungkin tidak dibenarkan untuk diteruskan. Selain itu, Pemeriksa tidak akan menyambungkan akaun secara awam dengan alamat IP disebabkan oleh dasar privasi kecuali dalam keadaan yang tertentu.

Kes yang kini disenaraikan di Penyiasatan Pengguna boneka

Wikipedia:Penyiasatan Pengguna boneka/Kes/Rumusan

Permintaan pemeriksaan pantas

[sunting sumber]
Gunakan bahagian ini untuk meminta maklumat periksa yang berkaitan dengan keadaan yang tidak melibatkan pengguna boneka. Anda boleh menggunakan bahagian ini untuk permohonan, contohnya:
  • Berkenaan alamat IP sesebuah akaun, yang mana sekatan automatiknya telah luput atau tidak lagi berfungsi.
  • Pemeriksaan kerosakan cagaran untuk maklumat sulit mengenai IP atau julat IP.
  • Pemeriksaan pengecualian sekatan IP sebelum pemberian Wikipedia:Pengecualian sekatan IP (atau untuk mengesahkan ia sedang digunakan dengan baik atau tidak).

Untuk ancaman bahaya (kepada diri sendiri atau orang lain) anda mesti e-mel emergency@wikimedia.org dan tidak menggunakan halaman ini. Permintaan untuk menyiasat dan mengesahkan pengguna boneka perlu disenaraikan di bahagian pengguna boneka di atas, dan tidak di sini (permintaan sedemikian akan dikeluarkan dengan segera).

Untuk membuat permohonan di sini, salin templat berikut dan tampalkannya ke hujung bahagian ini (tekan untuk pautan pantas menyunting bahagian ini) – gantikan "tajuk" dengan tajuk yang berkaitan dengan kes, dan tambah di bawah templat apa-apa maklumat yang relevan – kemudian tandatangan menggunakan "~~~~",paparkan pralihat, dan klik "terbit perubahan".

==== Tajuk ====
{{SPIpantas}}
* {{Checkuser|
username}}