Wikipedia:Transklusi/Bagaimana Transklusi Bekerja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bagaimana transklusi bertindak[sunting sumber]

Untuk transklusi apa jua laman sumber (antara mana-mana projek MediaWiki, contohnya en:Wikipedia) dalam kalangan halaman sasaran yang lain, masukkan kod berikut:

{{SOMEPAGE}}

Apabila laman sasaran A yang mengandungi kod ini dipersembahkan, enjin akan menyertakan di situ bukan kod itu, tetapi keseluruhan isi halaman sumber B, SOMEPAGE.

Sebagai contoh, anda mahukan pesanan selamat datang diletakkan di setiap laman perbincangan pengguna baru. Transklusi akan membuat satu pautan "langsung" antara laman templat dengan laman sasaran, yakni laman yang pesanan tersebut ingin dipaparkan. Apabila templat tadi disunting, kesemua laman sasaran tadi akan turut tersunting.

Lagi satu contoh, anda mahu mencipta sebuat laman (templat) yang kandungannya alamat mel anda dan menyertakan templat tersebut bukan sahaja di laman anda, tetapi di semua laman rakan-rakan anda juga. Jika anda pindahkan televisyen dan sofa anda ke kediaman lain, anda pun mengubah templat alamat anda, lalu secara automatik, maklumat baru itu akan muncul di laman rakan-rakan anda.