Wikipedia:Tutorial (versi lama)/Menyunting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman Wikipedia ini adalah tidak aktif buat masa ini dan ditinggalkan untuk keminatan sejarah.
Sesebuah laman bersejarah biasanya merupakan sesebuah laman yang tidak lagi diuruskan atau tidak lagi relevan, ataupun sesebuah laman yang konsensusnya tidak jelas. Jika anda hendak memulihkan perbincangan mengenai laman ini, anda harus mencari input yang lebih luas melalui sesebuah forum seperti Kedai Kopi.


Pengenalan   Menyunting   Memformat   Pautan Wikipedia   Memetik sumber   Laman perbincangan   Peringatan   Pendaftaran   Tamat    

Menyunting laman / rencana

Kita akan mulakan dengan fungsi wiki yang paling asas, iaitu sunting. Setiap laman wiki (kecuali laman-laman yang dilindungi) mempunyai pautan "sunting" di atas muka laman. Pautan ini akan melakukan apa saja yang dikatakannya, iaitu menyunting laman yang sedang anda lihat. Laman-laman ini dikenali sebagai wiki.

Cuba ini! Dalam tetingkap yang baru, buka kotak pasir, dan tekan "sunting". Anda akan melihat kod-kod sumber laman tersebut. Tulis perkataan kegemaran anda di dalamnya, dan kemudian tekan "simpan". Untuk maklumat terperinci mengenai bagaimana untuk menyunting, sila lihat Wikipedia:Bagaimana menyunting laman. Anda mungkin ingin membukanya dalam laman baru supaya anda boleh meneruskan tutorial ini.

Jika anda ingin membuat eksperimen tanpa rasa risau, anda boleh melakukannya dalam Wikipedia:kotak pasir.

Tunjuk paparan

Salah satu fungsi penting yang boleh anda gunakan sekarang ialah Paparkan. Butang paparkan membolehkan anda melihat dahulu hasil suntingan anda sebelum menyimpannya. Cuba buat suntingan di dalam kotak pasir. Kemudian tekan "Paparkan". Memandangkan kita sering melakukan kesilapan, fungsi ini memudahkan anda untuk mencari kesilapan secepat yang mungkin. Jika anda mengunakan "Paparkan" sebagai tabiat, anda akan menjimatkan masa dan tenaga anda dan penyunting yang lain.

Kaedah ini adalah penting jika anda bercadang untuk membuat banyak suntingan dalam laman tersebut. Selain itu, anda juga tidak menyemakkan sejarah laman (page history). Kurang menyimpan juga boleh mengurangkan berlakunya konflik. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk membuat suntingan secara berperingkat (spt. menggunakan perenggan) jika anda bercadang untuk menambah/menyunting teks dalam jumlah yang besar. Ini bagi membolehkan orang lain mengikut atau membaca suntingan anda dengan lebih mudah.

Suntingan kecil

Jika anda sudah log masuk sebagai pengguna berdaftar, anda boleh menanda sesuatu suntingan sebagai "kecil" dengan menanda kotak yang tertentu sebelum menyimpannya. Ini digunakan untuk memberitahu orang lain bahawa suntingan anda tidak banyak.

Tiada garis panduan ketat bila hendak melakukannya, tetapi pembetulan ejaan dan penukaran kecil format seperti menambah ruang (space) atau pautan wiki dikira sebagai suntingan kecil. Dengan kata lain, menukar gaya persembahan secara amnya dianggap sebagai perkara kecil tetapi mengubah kandungan tidak. Jika anda tidak pasti, jangan tandakan kotak tersebut. Untuk perbincangan lebih terperinci, lihat suntingan kecil.

Ringkasan suntingan

Sebelum anda menekan "Simpan", adalah lebih baik jika anda memasukkan ringkasan perubahan yang telah anda lakukan di dalam kotak yang terletak di antara kotak suntingan dan bebutang Simpan. Ini bagi memudahkan orang lain mengetahui perubahan yang berlaku dalam rencana tersebut.

Cuba menyunting di Kotak pasir
Teruskan tutorial dengan Memformat