Wulingyuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Panorama Puncak Lima Jari Huangshizhai

Wulingyuan ([ù.lǐŋ.ɥǎn]; Bahasa Cina: 武陵源) merupakah sebuah kawasan indah dan bersejarah di wilayah selatan China, Hunan. Ia telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1992.[1] Terdapat lebih daripada 3,000 tiang batu kuartzit di sekitar kawasan ini selain jurang, gaung, kolam, tasik, sungai dan air terjun.[1] Ia turut mempunyai 40 buah gua, 40 gua, dengan sejumlah deposit kalsit yang besar, dan dua jambatan semulajadi, Xianrenqiao (Bridge of the Immortals) dan Tianqiashengkong (Bridge Across the Sky).[1]

Kawasan ini terletak di antara 29°16′0″N 110°22′0″E / 29.26667°N 110.36667°E / 29.26667; 110.36667 dan 29°24′0″N 110°41′0″E / 29.40000°N 110.68333°E / 29.40000; 110.68333 dalam Bandar Zhangjiajie dan terletak kira-kira 270 kilometer (170 batu) ke barat laut Changsha, ibu kota Hunan. Taman ini meliputi area seluas 690 kilometer persegi.[2] Wulingyuan merupakan sebahagian daripada Gunung Wuling. Kawasan tumpuan terdiri daripada empat buah taman negara iaitu Taman Hutan Negara Zhangjiajie, Hutan Simpan Lembah Suoxi, Hutan Simpan Semulajadi Gunung Tianzi dan kawasan Yangjiajie. Secara keseluruhannya, terdapat lebih daripad 560 tarikan pemandangan menarik di kawasan in.[2]


Sungai Zhangjiajie River

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Wulingyuan Scenic and Historic Interest Area". Unesco World Heritage Centre. United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization. Dicapai 16 December 2013. 
  2. ^ a b "Wulingyuan Scenic and Historic Area". Travel China Guide. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]