Yesus bin Sirakh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yesus bin Sirakh adalah pengarang kitab Deuterokanonis Sirakh.

Namanya[sunting | sunting sumber]

Bukti-bukti seolah-olah menunjukkan bahawa nama pekabar adalah Simon, anak Yesua (Yesus / Joshua), anak Eleazar, anak Sira. [1] Dalam teks bahasa Yunani, si pengarang disebut "Yesus bin Sirakh dari Jerusalem." (l: 27) "Yesus" adalah versi Indonesia dari nama Yunani Ιησους , yang setara dengan nama dalam bahasa Siriak Yesua` dab bahasa Ibrani Masoret Yehosua`. Akhiran 'kh' pada akhir nama Sira bererti "dari"; sehingga "bin Sirakh" bermakna anak dari Sira .

Salinan yang dimiliki Saadia Gaon, rabi terkemuka, ahli falsafah Yahudi, dan ekseget pada abad ke-10 M, berbunyi "Sim`on, anak Yesua`, anak El`azar ben Sira". Catatan ini juga muncul dalam naskah Ibrani B nya. Dengan mengubah-ubah kedudukan dari nama "Sim`on" dan "Yesua`," kita juga mendapati nama ini dalam naskah-naskah yang lain.

Kebenaran nama "Sim`on" dikuatkan oleh versi Siriak, yang berbunyi "Yesua`, anak Sim`on, nama keluarga Bar Asira." Jurang antara kedua-dua bacaan itu "Bar Asira" dan "Bar Sira" perlu diperhatikan, "Asira" ("tahanan") adalah etimologi yang popular dari "Sira."

Nama keluarga Sira bererti "duri" dalam bahasa Aram. Bentuk Yunaninya, Sirakh, menambahkan huruf chi yang sama dengan Hakeldama ch dalam Kis. 1:19.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Menurut versi Yunani, walaupun tidak dinyatakan dalam versi Siriak, si penulis banyak melakukan perjalanan (34:11) dan seringkali terancam nyawanya (ib. Ay. 12). Dalam nyanyian di ps. 51, ia bercakap tentang pelbagai ancaman yang Allah telah lepaskan daripadanya, walaupun hal ini mungkin hanyalah sebuah tema puitis yang meniru Mazmur. Ancaman-ancaman yang dihadapinya, seperti ketika ia berhadapan dengan seorang raja tertentu, diduga adalah dari Dinasti Ptolemaic, disebutkan hanya dalam versi Yunani, dan diabaikan dalam versi Siriak dan Ibrani. Fakta satu-satunya yang dikeetahui pasti, yang diambil dari teksnya sendiri, ialah bahawa Bin Sirakh adalah seorang sarjana dan penulis yang sangat paham tentang Undang-undang, dan khususnya juga tentang "Kitab-kitab Hikmat".

Bin Sirakh, seorang Yahudi yang telah hidup di Jerusalem, mungkin menulis kitabnya di Alexandria, Mesir lk 180 - 175 SM. Seolah-olah ia mendirikan sebuah sekolah di sana. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lih. Guillaume, Phillipe. "New Light on the Nebiim from Alexandria: A Chronography to Replace the Deuteronomistic History": bahagian 3 - 5: nota lengkap dan bibliografi