Pergi ke kandungan

Yokohama F. Marinos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yokohama F. Marinos
横浜F・マリノス
logo
Nama penuhYokohama F·Marinos
GelaranMarinos, Tricolore
Diasaskan1972; 52 tahun yang lalu (1972) sebagai Nissan Motors F.C.
StadiumStadium Nissan
(Stadium Antarabangsa Yokohama)
Kohoku-ku, Yokohama
(Kapasiti: 72,327)
PemilikNissan Motor Company (80%)
Kumpulan Bola Sepak City (20%)
PengerusiJepun Ryoji Kurosawa
PengurusAustralia Ange Postecoglou
LigaLiga J. Divisyen 1
2023ke-2
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Yokohama F. Marinos (横浜F・マリノス, Yokohama Efu Marinosu) ialah sebuah pasukan bola sepak Jepun yang beraksi dalam Liga J. Divisyen 1. Mereka telah memenangi kejuaraan Liga J. tiga kali dan menduduki tempat kedua dua kali. Kelab ini berpangkalan di Yokohama dan diasaskan sebagai pasukan syarikat untuk Nissan Motors. Kelab ini ditubuhkan dengan penggabungan Yokohama Marinos dan Yokohama Flügels pada tahun 1999. Marinos bermaksud "pelaut" dalam Bahasa Sepanyol.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nissan F.C. Yokohama Marinos

Pada tahun 1972, kelab ini bermula sebagai Nissan Motors F.C. berpangkalan di Yokohama dan dinaikkan ke Japan Soccer League Divisyen 2 pada tahun 1976. Kelab ini mememnangi kejuaraan pada tahun 1988 dan 1989. Pada tahun 1991, ia merupakan ahli pengasas Liga J. Pada tahun 1998, selepas kehilangan salah satu daripada penaja utama mereka, ia telah diumumkan bahawa Yokohama Flügels akan bergabung dengan Marinos. Sejak itu, perkataan F telah ditambah pada nama mewakili Flügels.

Sejak Naoki Matsuda meninggalkan pasukan ini, nombor 3 F.Marinos telah ditamatkan. Naoki Matsuda telah bermain 385 perlawanan untuk F.Marinos. Yokohama F. Marinos memenangi Piala Maharaja pada tahun 2014 buat kali pertama dalam tempoh dua puluh satu tahun. Pada 20 Mei 2014, ia telah diumumkan bahawa Kumpulan Bola Sepak City, syarikat induk Manchester City F.C. telah melabur dalam saham minoriti Yokohama F. Marinos, mewujudkan kerjasama dengan kedua-dua kelab bola sepak dan pengeluar kereta Nissan.[1]

Stadium[sunting | sunting sumber]

Stadium tuan rumah kelab ini adalah Stadium Nissan juga dikenali sebagai Stadium Antarabangsa Yokohama dan Stadium Mitsuzawa. Walau bagaimanapun, skuad ini berlatih di Marinos Town yang terletak di Minato Mirai, Yokohama.

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad semasa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 7 March 2024.[2]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Jepun William Popp
2 DF Jepun Katsuya Nagato
4 DF Jepun Shinnosuke Hatanaka
5 DF Brazil Eduardo (Naib kapten)
6 MF Jepun Kota Watanabe
7 FW Brazil Élber
8 MF Jepun Takuya Kida (Kapten)
10 FW Brazil Anderson Lopes
11 FW Brazil Yan Matheus
13 DF Jepun Ryuta Koike (Naib kapten)
14 FW Jepun Asahi Uenaka
15 DF Jepun Takumi Kamijima
16 DF Jepun Ren Kato
17 MF Jepun Kenta Inoue
18 MF Jepun Kota Mizunuma (Naib kapten)
19 DF Jepun Yuki Saneto
20 MF Jepun Jun Amano
21 GK Jepun Hiroki Iikura
No. Pos. Negara Pemain
23 FW Jepun Ryo Miyaichi
24 DF Jepun Hijiri Kato
25 MF Jepun Kaina Yoshio
26 DF Jepun Yuta Koike
27 DF Jepun Ken Matsubara (Naib kapten)
28 MF Jepun Riku Yamane
29 MF Korea Selatan Nam Tae-hee
31 GK Jepun Fuma Shirasaka
33 DF Jepun Kosei Suwama DSP
35 MF Jepun Keigo Sakakibara
37 FW Jepun Kento Shiogai DSP
38 FW Jepun Yuhi Murakami
39 DF Jepun Taiki Watanabe
41 GK Jepun Riku Terakado
44 DF Jepun Manato Yoshida
47 DF Jepun Kazuya Yamamura
48 MF Jepun Keita Ueda

Nota: Laman rasmi kelab menyenaraikan lakaran mascot sebagai dengan nombor pundak #0 dan penyokong sebagai #12.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Nissan Motors FC[sunting | sunting sumber]

Domestik

Asia

Yokohama Marinos / Yokohama F.Marinos[sunting | sunting sumber]

Domestik

Asia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Manchester City reveals plan to invest in Yokohama F. Marinos". The Japan Times. AFP-JiJI. May 20, 2014. Dicapai pada 15 December 2014.
  2. ^ "選手・スタッフ". 横浜F・マリノス 公式サイト (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2022. Dicapai pada 3 February 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]