You Are My Soniya (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"You Are My Soniya"
Nyanyian oleh Sonu Nigam, Alka Yagnik
Dari latar bunyi Kabhi Khushi Kabhie Gham
Album dikeluarkan 2001
Genre Muzik filem
Panjang lagu 5:45
Penerbit Sandesh Shandilya

"You Are My Soniya" (Awak adalah Buah Hati Saya) ialah sebuah lagu terkenal yang disusuli dengan tari menari yang agak rancak dari sekumpulan peari lelaki dan wanita, yang dibuat khusus bagi menjayakan filem Bollywood popular Kabhi Khushi Kabhie Gham, dilakonkan oleh Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shahrukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan dan Kareena Kapoor. Filem ini telah diarahkan oleh Karan Johar.

Berkenaan lagu[sunting | sunting sumber]

Muzik telah dikompos oleh Sandesh Shandilya, manakala liriknya diberi oleh Sameer dan dinyanyikan oleh Sonu Nigam dan Alka Yagnik.

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Menerusi klip video muzik, penyanyi lagu dan solo tarian dapat dilihat apabila Pooja (Kareena Kapoor) dan Rohan (Hrithik Roshan) berada di suatu malam gala (prom night). Lagu ini merupakan pelengkap dari lagu funky nyanyian 'The Jacksons' tahun 1980 iaitu "Lovely One" dimana liriknya dibaca, "You are my, You are my, You are my lovely one"" Dalam Kabhi Khushi Kabhie Gham liriknya ditukar kepada, "Keh diya, Keh diya, You are my soniya".

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Disebabkan Yash Johar jatuh sakit, maka klip video terpaksa di rakamkan di Mumbai, India. Set untuk prom dibangunkan dalam studio dan seramai 50 pasangan penari berbangsa Inggeris digunakan bagi menampakkan klip video tarian seakan-akan berlaku di England.
  • Tema utama bagi lagu ini kebiasaannya digunakan apabila Rohan dan Pooja bersama.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]