Amitabh Bachchan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Amitabh Bachchan (Srivastava)
Amitabh Bachchan.jpg
Kelahiran 11 Oktober 1942 (71 tahun)
Tahun aktif 1969 -
Pasangan Jaya Bachchan

Amitabh Bachchan (IPA: [əmitɑːbʱ bətʃtʃən]; Devanagari: अमिताभ बच्चन), dilahirkan 11 Oktober 1942 adalah seorang pelakon filem Bollywood yang masyhur. Beliau juga adalah seorang penerbit dan bekas hos untuk rancangan permainan Kaun Banega Crorepati. Beliau memulakan kerjaya filemnya pada tahun 1969 dengan membintangi Saat Hindustani. Sehingga kini, beliau masih seorang tokoh penting dalam industri filem Bollywood. Beliau dianggap sebagai salah seorang daripada pelakon-pelakon tersohor dalam panggung wayang India. Beliau masih merupakan salah seorang pelakon yang paling banyak gajinya dalam industri, serta dianggap sebagai salah seorang "megastar" terbesar yang pernah dihasilkan ole industri perfileman India.