Zakat KWSP

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Zakat KWSP dikenakan kerana konsepnya serupa dengan zakat wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan dengan mudah seperti akaun simpanan biasa. Wang KWSP ialah wang simpanan milik individu yang disimpan dalam KWSP sepanjang tempoh perkhidmatan dan telah mencukupi kesemua syarat wajib zakat kecuali "milik sempurna". Syarat "milik sempurna" akan dipenuhi sebaik sahaja wang tersebut dikeluarkan dari KWSP.[1]

Kaedah kiraan zakat KWSP[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.[2]

  1. Milik Sempurna. Menurut pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika pencarum mengeluarkan wang tersebut (sekiranya cukup nisab). Kadarnya ialah 2.5%.
    Nilai zakat = Jumlah wang caruman yang dikeluarkan x 2.5%
  2. Milik Tidak Sempurna. Mengikut pandangan ini, caruman pekerja (tidak termasuk caruman majikan) yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul. Ini bermakna zakat wajib dikeluarkan pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syarat zakat walaupun wang tersebut masih berada di dalam tabung KWSP. Kadar zakatnya juga 2.5%.
    Nilai zakat = Jumlah wang yang dicarum pada tahun itu x 2.5%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zakat KWSP, Pusat Pungutan Zakat
  2. ^ Zakat KWSP, Lembaga Zakat Selangor