Zamri Pin Ramli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zamri Pin Ramli
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohamad Zamri bin Pin Ramli[1]
Tarikh lahir (1991-04-24) 24 April 1991 (umur 32)
Tempat lahir Kulim, Kedah, Malaysia
Ketinggian 170 cm (5 ka 7 in)
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kedah Darul Aman
Nombor 30
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
–2014 Felda United
2015 Young Fighters
2017–2019 Petaling Jaya City 25 (1)
2020 Penang 2 (0)
2021–2024 Negeri Sembilan 54 (1)
2024– Kedah Darul Aman 0 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:26, 9 Ogos 2023 (UTC)

Mohamad Zamri bin Pin Ramli (lahir 24 April 1991) ialah seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk Negeri Sembilan sebagai bek kiri.[2] Zamri memenangi Liga Premier Malaysia bersama Penang FC pada tahun 2020.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai akademi belia Felda United dan bekas pemain kelab itu. Zamri membersamai kelabnya pada perlawanan Liga Super Malaysia sehingga 2015 ketika ia berpindah ke Young Fighters[1]. Beliau menyertai perlawanan Petaling Jaya City selama 2 musim[2].

Pada tahun 2021, dia rasmi berpindah ke Negeri Sembilan FC dengan perpindahan percuma. Zamri ialah salah satu pemain terbaik bagi kelab di musim itu dan sepanjang 2022. Bersama dengan kelabnya, beliau berjaya membawa Negeri Sembilan FC ke atas peringkat empat Liga Super Malaysia 2022. Hal ini membuat kagum hampir semua ahli analisis bola sepak Malaysia kerana Negeri Sembilan baru sahaja mendapatkan kelayakannya dari Liga Premier Malaysia. Beliau telah tampil dalam 40 perlawanan dan menjaringkan 1 gol semasa berkhidmat untuk Negeri Sembilan FC.[3][4] Pada tarikh 5 Mac 2024, Zamri rasmi berpindah menyertai Kedah Darul Aman.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Penang FA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FUFC: Mohamad Zamri Pin Ramli". Kelab Bolasepak Felda United.
  2. ^ "Gugup punca PJ City tewas". Berita Harian. 3 February 2019.
  3. ^ "FAM - CMS". cms.fam.org.my. Dicapai pada 2023-01-20.
  4. ^ "FAM - CMS". cms.fam.org.my. Dicapai pada 2023-01-20.