Muhammad Zia-ul-Haq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Zia-ul-Haq)
Muhammad Zia-ul-Haq
Presiden Pakistan ke-6
Dalam jawatan
16 September 1978 – 17 Ogos 1988
Perdana MenteriMuhammad Khan Junejo
Didahului olehFazal Ilahi Chaudhry
Digantikan olehGhulam Ishaq Khan
Ketua Turus Tentera Pakistan ke-8
Dalam jawatan
11 Oktober 1976 – 17 Ogos 1988
Didahului olehTikka Khan
Digantikan olehMirza Aslam Beg
Butiran peribadi
Lahir12 Ogos 1924
Jalandhar, India British
Meninggal dunia17 Ogos 1988(1988-08-17) (umur 64)
Pakistan Bahawalpur, Punjab, Pakistan
Parti politikKetenteraan

Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq (Urdu: محمد ضیاءالحق) (lahir 12 Ogos 1924 – 17 Ogos 1988) adalah ketua negara Republik Islam Pakistan dari Julai 1977 hingga Ogos 1988.

Beliau dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Pakistan pada 1976. Jeneral Zia-ul-Haq telah melakukan rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah untuk menjatuhkan Perdana Menteri Zulfikar Ali Bhutto pada 5 Julai 1977. Beliau melaksanakan pemerintahan tentera, autokratik dan tiada peluang untuk demokrasi. Beliau memegang jawatan Presiden Pakistan pada September 1978.

Beliau terbunuh dalam satu nahas kapal terbang pada 17 Ogos 1988. Kononnya selepas kematian Jeneral Zia-ul-Haq, kekejaman tentera telah ditamatkan dan pengaruh Amerika Syarikat di Pakistan meningkat secara mendadak.