Pergi ke kandungan

Angkatan tentera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tentera)
Tentera Darat Malaysia

Pasukan bersenjata atau tentera adalah golongan atau sekumpulan orang-orang yang diberi kuasa dan biaya pemerintah sesebuah negara untuk mempertahankan negara tersebut daripada serangan luar mahupun menyerang pihak luar sejurus diperintah jika ada peperangan. Kajian penggunaan pasukan bersenjata dikenali sebagai sains ketenteraan. Secara umumnya, ia melibatkan serangan dan pertahanan pada tiga "tahap": strategi, seni operasi dan taktik. Kesemua tiga tahap ini mengkaji penggunaan kekuatan bagi mencapai objektif yang ingin dicapai.

Ia diwujudkan bagi melebarkan polisi dalam dan luar negara badan pentadbir, dan untuk mempertahankan badan dan negara yang diwakilinya dari penceroboh luar atau dalam. Di beberapa negara, pasukan separa tentera dimasukkan sebagai salah sebuah cabang angkatan tentera negara. Kuasa bersenjata adalah penggunaan pasukan bersenjata bagi mencapai tujuan politik.

Terdapat banyak pekerjaan dalam tentera. Sesetengah perkerjaan adalah untuk pertempuran serta ada kerja-kerja lain untuk menyokong tentera. Beberapa perkara yang orang lakukan di dalam tentera adalah penggunaan senjata, kenderaan, serta membaiki senjata.Orang lain dalam tentera belajar bagaimana untuk terbangkan pesawat, jurumudi kapal, atau pembaikan enjin.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]