Ujian Kemahiran dalam Bahasa Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ujian Kemahiran dalam Bahasa Jepun (JLPT)
Kanji 日本語能力試験
Hiragana にほんごのうりょくしけん
Katakana ニホンゴノリョウクシケン
Rōmaji Nihongo Nouryoku Shiken

Ujian Kemahiran dalam Bahasa Jepun (Bahasa Inggeris:Japanese Language Proficiency Test, singkatan: JLPT) (Bahasa Jepun:日本語能力試験) ialah sebuah ujian standard yang digunakan untuk menilai kemahiran seseorang dalam Bahasa Jepun (mendengar, membaca, dan menulis). Ujian ini dicipta pada tahun 1984 akibat permintaan meningkat daripada penutur-penutur Jepun bukan asli untuk didirikan sebuah sistem ujian yang diiktiraf di dunia untuk menilai kemampuan mereka dalam bahasa Jepun. Sehingga tahun 2003, ujian JLPT merupakan salah satu keperluan untuk pelajar-pelajar bukan Jepun layak memasuki universiti-universiti di Jepun. Namun kini, ujian JLPT digantikan dengan ujian Examination for Japanese University Admission for International Students (EJU) untuk maksud tersebut.

Ujian JLPT dikelolakan oleh Japan Educational Exchanges and Services (JEES) di dalam Jepun dan Japan Foundation di luar Jepun. Sehingga tahun 2004, ujian JLPT yang ditawarkan dikelolakan oleh lebih 40 buah negara termasuk Jepun.

Ujian ini terbahagi kepada empat peringkat kemahiran, yang terdiri daripada peringkat 1 (tahap kemahiran penutur asli) hingga peringkat 4 (peringkat terendah yang boleh dicapai setelah 150 jam belajar). Kata-kata perbendaharaan yang dipelajari di peringkat 4 sama seperti apa yang dipelajari di awal sekolah rendah, peringkat 3 di perakhiran sekolah rendah, peringkat 2 hingga sekolah menengah dan peringkat 1 lebih kurang kemahiran seorang graduan sekolah tinggi.

Ujian JLPT berlangsung setiap hari Ahad pertama di bulan Disember.

Format[sunting | sunting sumber]

Tahap Tahap kemahiran
N1 Tahap Aras Tinggi: Kemahiran dalam memahami Bahasa Jepun dalam pelbagai keadaan
N2 Tahap Aras Menengah Atas: Kemahiran dalam memahami Bahasa Jepun dalam kegunaan harian serta dalam pelbagai keadaan sehingga suatu tahap
N3 Tahap Aras Menengah: Kemahiran dalam memahami Bahasa Jepun dalam kegunaan harian
N4 Tahap Aras Rendah: Kemahiran dalam memahami Bahasa Jepun asas
N5 Tahap Asas: Kemahiran dalam memahami Bahasa Jepun asas pada tahap rendah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]