165
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 165. Bagi kegunaan lain, sila lihat 165 (nombor).
| Abad: | Abad ke-1 · Abad ke-2 · Abad ke-3 |
| Dekad: | 130-an 140-an 150-an 160-an 170-an 180-an 190-an |
| Tahun: | 162 163 164 165 166 167 168 |
165 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Isnin dalam kalendar Gregory.
Peristiwa [sunting]
Mengikut tempat [sunting]
Empayar Rom [sunting]
- Sebuah operasi ketenteraan Rom di bawah Avidius Cassius berjaya menewaskan Parthia, dan menawan Artaxata, Seleucia, serta Ctesiphon. Parthia merayu untuk perdamaian.
- Sebuah pandemik yang dikenali sebagai Wabak Antonine tercetus di Rom selepas tentera Rom kembali dari Parthia. Wabak itu mengurangkan jumlah penduduk empayar dengan ketara.
- Legio II Italica dikerah oleh Marcus Aurelius.
- Rom menubuhkan sebuah garison di Doura Europos yang terletak di Sungai Euphrates sebagai titik kawalan untuk laluan perdagangan ke Teluk Parsi.
- Avidius Cassius menawan Nisibis dan menaklukkan Mesopotamia utara.
- Marcus Aurelius mencipta empat buah daerah (iuridici) di Itali (lima, jika termasuk Rom).
Mengikut topik [sunting]
Agama [sunting]
- Ahli falsafah Justin dari Nablus dihukum mati di Rom kerana menganuti agama Kristian.
- Ucapan kepada anak Yanani (Oratio ad Graecos) oleh Tatian, anak Syria, merupakan karya pertama tentang kejahatan faham jahiliah dalam kesusasteraan agama Kristian.
Kelahiran [sunting]
- Macrinus, maharaja Rom (tarikh anggaran)
Kematian [sunting]
- Justin Martyr, pembela awal agama Kristian
- Claudius Ptolemaeus, ahli astronomi Yunani (tarikh anggaran)