Maharaja Rom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Maharaja Rom adalah pemerintah Empayar Rom semasa tempoh kemaharajaan yang bermula sekitar tahun 27 SM. Orang Rom tidak mempunyai istilah tunggal bagi jawatan tersebut: gelaran dalam bahasa Latin seperti imperator, augustus, ceasar dan princep, semuanya merujuk kepada jawatan yang sama. Secara amali, Maharaja adalah pemerintah agung Rome dan komander agung Legion Romawi (ketumbukan tentera Rom). Bagaimana pun, secara teorinya Empayar Rom kekal sebagai sebuah republik (res publica), dan status maharaja hanyalah primus inter pares (first among equals). Fiksyen yang disahkan secara perundangan ini menjadi semakin kehilangan makna apabila para maharaja mengukuhkan kuasa mereka. Bagaimana pun, ia dipelihara sekurang-kurangnya pada tahap majlis-majlis keraian sehingga ke saat-saat akhir Empayar Rom - tahun 476 di Empayar Rom Barat dan 1453 di Empayar Rom Timur (Empayar Byzantine).

[sunting] Lihat juga

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain