Teluk Parsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Teluk Parsi. Teluk Oman bersambung dengan Laut Arab. Maklumat lanjut bolah ditemukan di peta Timur Tengah.

Teluk Parsi yang terletak di Timur Tengah adalah sebuah perairan yang berlanjutan daripada Lautan Hindi dan ia terletak di antara Iran dan Semenanjung Arab.[1]

Teluk ini juga menjadi tumpuan kepada Perang Iran-Iraq yang berlansung dari 1980 hingga 1988 di mana kedua-dua belah pihak menyerang kapal minyak pihak lawan. Pada tahun 1991, Teluk Parsi sekali lagi menjadi pentas kepada peperangan, dinamakan Perang Teluk. Di dalam peperangan ini, Iraq mencerobohi Kuwait tetapi akhirnya mengundurkan diri.خليج فارس

Alam sekitar teluk ini kaya dengan sumber laut, terumbu karang dan mutiara, tetapi peningkatan perindustrian dan juga pertumpahan minyak dan juga peperangan menyebabkan kerosakan yang teruk pada flora dan faunanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kertas Kerja No. 61, UNITED NATIONS GROUP OF EXPERTS ON GEOGRAPHICAL NAMES, tarikh 28 Mac, 4 April, 2006 ([1]); dicapai pada 31 Julai 2007