2011 QF99

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
2011 QF99
Penemuan
Tarikh penemuan 2011[1]
Designasi
Kategori planet minor sentora
Ciri-ciri orbit
Epok JD 2456400.5 (18 April 2013)
Afelion 22.547 AU
Perihelion 15.775 AU
Paksi semimajor 19.090 AU
Kesipian 0.1765
Tempoh orbit 83.87 tahun (30,635 hari)
Min anomali 266.88°
Kecondongan 10.81°
Longitud nod menaik 222.49°
Argumen perihelion 287.51°
Ciri-ciri fizikal
Dimensi ~60 km[2]
Albedo 0.05 (anggapan)
Magnitud mutlak (H) 9.6 (jalur r)[2]
9.7[1]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

2011 QF99 adalah yang pertama dan, setakat 2013, satu-satunya trojan Uranus yang dikenal pasti.[2][3] Ia ditemui pada tahun 2011 sewaktu objek-objek trans-Neptun sedang dikaji selidik dengan mendalam oleh Teleskop Kanada–Perancis–Hawaii.[2][4] Ia dipercayai lebih kurang 60 km diameternya, dengan anggapan albedo 0.05.[2]

2011 QF99 mengorbit buat sementara waktu dekat titik Lagrange L4 di Uranus (yang memimpin Uranus). Ia akan terus melibrasi di keliling L4 buat setidak-tidaknya 70,000 tahun dan akan kekal seorbit bersama untuk sehingga tiga juta tahun sebelum menjadi sentora. 2011 QF99 is thus a temporary Uranus trojan—a centaur captured some time ago.[2]

Trojan-trojan Uranus pada umumnya diduga sebagai tidak stabil dan tidak satu pun yang difikirkan wujud sejak awal planetnya. Sebuah kajian simulasi telah menyimpulkan bahawa pada bila-bila masa yang tertentu, 0.4% sentora dalam populasi yang bertaburan dalam lingkungan 34 AU adalah seorbit dengan Uranus; daripada ini, adalah diduga bahaewa 64% daripadanya berada dalam orbit ladam, 10% adalah kuasisatelit, dan 26% lagi adalah trojan (terbahagi sama rata kepada kelompok L4 dan L5).[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "JPL Small-Body Database Browser: 2011 QF99". http://ssd.jpl.nasa.gov/sbdb.cgi?sstr=2011QF99. Capaian 2013-03-29. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 doi:10.1126/science.1238072
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  3. Choi, C. Q. (2013-08-29). "First 'Trojan' Asteroid Companion of Uranus Found". Space.com web site. TechMediaNetwork. http://www.space.com/22590-uranus-trojan-asteroid-discovery.html. Capaian 2013-09-03. 
  4. Alexandersen, M.; Kavelaars, J.; Petit, J.; Gladman, B. (18 March 2013). MPEC 2013-F19: 2011 QF99. IAU. http://www.minorplanetcenter.net/mpec/K13/K13F19.html. Capaian 3 September 2013.