Tempoh orbit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tempoh orbit (تيمڤوه اوربيت) adalah masa yang diambil oleh suatu objek untuk membuat satu orbit lengkap mengelilingi objek lain. Terdapat beberapa jenis tempoh orbit untuk objek yang mengelilingi Matahari (atau jasad samawi yang lain):

Jenis tempoh orbit[sunting | sunting sumber]

Tempoh ikut bintang[sunting | sunting sumber]

Tempoh ikut bintang atau tempoh siderius adalah kitaran masa yang diambil suatu objek untuk membuat satu pengorbitan lengkap yang relatif kepada bintang. Ini dianggap sebagai tempoh orbit benar objek.

Tempoh qamari[sunting | sunting sumber]

Tempoh qamari atau tempoh sinod merupakan selang masa yang diambil oleh suatu objek untuk muncul semula pada titik yang sama dan berkait dengan dua atau lebih objek yang lain. Contohnya apabila bulan relatif kepada Matahari seperti yang diperhatikan dari Bumi dan bulan kemudiannya kembali kepada fasa bulan yang asal (bermula dari fasa anak bulan dan kembali semula kepada fasa tersebut). Tempoh qamari adalah masa berlalu antara dua penghubung berturutan dengan garis Matahari-Bumi dalam susunan linear yang sama. Tempoh ini juga berbeza dengan tempoh ikut bintang disebabkan oleh pengorbitan Bumi mengelilingi Matahari.

Tempoh drakonitik[sunting | sunting sumber]

Tempoh drakonitik atau tempoh drakonik adalah masa yang diambil antara dua laluan objek melalui nod menaiknya, titik orbitnya dimana ia melintasi ekliptik dari hemisfera selatan ke hemisfera utara. Tempoh ini berbeza daripada tempoh ikut bintang kerana kedua-dua satah orbit objek dan satah ekliptik meliuk dengan merujuk kepada bintang-bintang tetap. Jadi persimpangan mereka iaitu garisan nod juga meliuk kepada bintang-bintang tetap itu. Walaupun satah ekliptik selalunya berada pada kedudukan tetap pada epok tertentu, satah orbit objek masih meliuk yang menyebabkan tempoh drakonitik berbeza daripada tempoh ikut bintang.

Tempoh anomali[sunting | sunting sumber]

Tempoh anomali merupakan masa yang berlalu antara dua laluan suatu objek di periapsisnya (bagi planet dalam sistem Suria, ia digelar perihelion) dan titik pendekatan terhampir kepada jasad yang menarik. Ia berbeza daripada tempoh ikut bintang kerana paksi semimajor biasanya maju secara perlahan.

Tempoh tropika[sunting | sunting sumber]

Tempoh tropika Bumi adalah masa yang berlalu antara dua jajaran paksi putaran dengan Matahari, juga dilihat sebagai dua laluan objek pada jarak hamal sifar. Satu tahun Bumi mempunyai selang sedikit pendek berbanding orbit suria (tempoh ikut bintang) kerana paksi yang condong dan satah khatulistiwa meliuk secara perlahan (berputar dari segi siderius) serta menjajar semula sebelum pengorbitan selesai dengan satu selang bersamaan dengan songsangan kitaran liukan (kira-kira 25,770 tahun).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]