366 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abad: Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM · Abad ke-3 SM
Dekad: 390-an SM 380-an SM 370-an SM 360-an SM 350-an SM 340-an SM 330-an SM
Tahun: 369 SM 368 SM 367 SM 366 SM 365 SM 364 SM 363 SM


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Empayar Parsi[sunting | sunting sumber]

  • Di Parsi, sebilangan satrap kepada Raja Artaxerxes II bersekutu dengan Athens, Sparta, serta Mesir, dan memulakan pemberontakan yang berlangsung sehingga 358 SM.

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Athens menubuhkan kota Kos di pulau Kos yang terletak di Laut Aegea.
  • Epaminondas, ketua Thebes, kembali ke Peloponnesus buat kali ketiga, untuk memperoleh kesetiaan daripada negara-negara Achaea. Walaupun tiada tentera berani mencabar beliau dalam medan pertempuran, kerajaan-kerajaan demokrasi yang ditubuhkannya tidak kekal lama apabila orang-orang bangsawan pro-Sparta kembali ke kota masing-masing tidak lama kemudian. Mereka mengasaskan kerajaan-kerajaan oligarki, dan mengikat kota-kota mereka dengan Sparta dengan lebih rapat.
  • Thebes berdamai dengan Sparta dan kemudian mengalihkan perhatiannya kepada Athens yang cuba menghidupkan semula empayar kelautannya dan yang kini sedang masuk campur dalam pergaduhan-pergaduhan dinasti Macedon.
  • Thebes menawan kota Oropus.

Republik Rom[sunting | sunting sumber]

  • Dua jawatan aedil kurul ("lebih tinggi") dicipta dalam hierarki Rom. Pada mula-mulanya, ahli-ahlinya terdiri daripada golongan ningrat, tetapi ahli-ahlinya pada tahun berikut adalah daripada golongan marhaen, dengan keahliannya kemudian bersilih ganti. Mereka dipilih oleh sebuah perhimpunan puak-puak yang dipengerusikan oleh seorang konsul.

Sicily[sunting | sunting sumber]

  • Uji kaji Dion (abang atau adik ipar Dionysius I) dan Plato untuk mendidik Dionysius II, raja baru Syracuse, dalam menggunakan prinsip-prinsip falsafah Plato gagal, dan mereka dibuang negeri dari Syracuse.

Mengikut topik[sunting | sunting sumber]

Seni[sunting | sunting sumber]

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]