369 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abad: Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM · Abad ke-3 SM
Dekad: 390-an SM 380-an SM 370-an SM 360-an SM 350-an SM 340-an SM 330-an SM
Tahun: 372 SM 371 SM 370 SM 369 SM 368 SM 367 SM 366 SM


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Selepas mengusir tentera Sparta yang mengancam Mantinea, Epaminondas dari Thebes mara ke arah selatan dan menyeberangi Sungai Evrotas (sempadan Sparta) yang tidak pernah dilintasi oleh sebarang angkatan tentera musuh dalam ingatan sejarah. Tentera Sparta yang tidak rela bertempur dengan angkatan tentera Thebes yang terlalu besar, mengekalkan diri di dalam kota semasa tentera Thebes dan sekutu-sekutunya menjarah Laconia.
  • Epaminondas kembali ke Arcadia buat tempoh yang singkat, dan kemudian mara ke arah selatan menuju Messenia, sebuah wilayah yang pernah ditaklukkan oleh Sparta lebih kurang 200 tahun dahulu. Di sana, Epaminondas memulakan pembinaan semula kota kuno Messene di Gunung Ithome, dan membina sebuah kubu yang merupakan antara kubu yang terkuat di Yunani. Beliau kemudian menyeru para buangan Messenia di seluruh Yunani untuk kembali dan membina semula tanah air mereka. Kehilangan Messenia amat menjejaskan Sparta kerana wilayah ini merupakan satu pertiga daripada wilayah Sparta dan diduduki oleh separuh jumlah hambanya.
  • Pada kepulangannya ke Thebes, Epaminondas dibicarakan oleh musuh-musuh politiknya yang menuduhnya kerana telah mengekalkan kuasa pemerintahannya lebih lama daripada apa yang dibenarkan oleh perlembagaan. Walaupun tuduhan ini adalah benar, Epaminondas memujuk Thebes bahawa perbuatannya adalah perlu untuk melindungi Thebes dan sekutu-sekutunya serta untuk mengurangkan kuasa Sparta. Oleh sebab alasan-alasan ini, beliau dibebaskan daripada tuduhan-tuduhan tersebut.
  • Dalam mencari-cari imbangan kuasa terhadap Thebes yang kini amat kuat, Athens membalas kepada rayuan Sparta untuk bantuan dan bersekutu dengan musuh tradisionalnya.
  • Pada kemangkatan Raja Amyntas III dari Macedon, putera sulungnya, Alexander II, menjadi raja. Raja yang muda ini, secara serentak, menghadapi serangan Illyria dari barat laut serta serangan dari timur oleh Pausanias yang berhak mewarisi takhta Macedon dan yang dengan cepatnya menawan banyak kota dan mengugut bonda ratu, Eurydice. Alexander menewaskan musuhnya dengan bantuan Iphicrates, jeneral Athens, yang sedang belayar di sepanjang pantai Macedon dalam pelayarannya untuk menawan semula Amphipolis.
  • Alexander dari Pherae menjadi penzalim Thessaly selepas kematian bapanya. Kezaliman Alexander menyebabkan Aleuadae dari Larissa meminta bantuan daripada Alexander II dari Macedon. Alexander II berjaya menguasai Larissa dan banyak kota yang lain tetapi berbeza dengan janjinya, menempatkan garison-garisonnya di kota-kota ini. Ini membangkitkan kemarahan Thebes, dan Pelopidas, jeneral Thebes, mengusir tentera Macedon dari Thessaly.
  • Pelopidas memaksa Alexander menamatkan perikatannya dengan Athens supaya berikat dengan Thebes dengan mengugut bahawa beliau akan membantu Ptolemy dari Aloros, abang (atau adik) ipar Alexander. Sebagai sebahagian perikatan baru ini, Alexander terpaksa menyerahkan orang-orang tebusannya, termasuk juga adik lelakinya, Philip, bakal penakluk Yunani.
  • Cleomenes II mewarisi abangnya, Agesipolis II sebagai raja Sparta Agiad.

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]