371 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abad: Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM · Abad ke-3 SM
Dekad: 400-an SM 390-an SM 380-an SM 370-an SM 360-an SM 350-an SM 340-an SM
Tahun: 374 SM 373 SM 372 SM 371 SM 370 SM 369 SM 368 SM


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Sebuah kongres perdamaian dipanggil di Sparta. Dalam persidangan perdamaian, Raja Agesilaus II dari Sparta, dengan sokongan Athens, enggan membenarkan Thebes memeterai perjanjian itu bagi pihak semua Boeotia. Negarawan Thebes, Epaminondas, yang merupakan seorang boeotark (salah satu daripada lima majistret persekutuan Boeotia), mengekalkan pendirian Thebes, walau jika perbuatannya mengakibatkan Thebes dikecualikan daripada perjanjian perdamaian tersebut.
  • Tindakan-tindakan Thebes dalam kongres perdamaian mengakibatkan perang antara Sparta dan Thebes. Sparta menempatkan sebuah angkatan tentera di sempadan barat Thebes untuk menggunakan kesempatan yang diwujudkan oleh kejayaan diplomatiknya supaya mengenakan kekalahan yang teruk pada Thebes. Bagaimanapun, yang kena teruk ialah Sparta. Dalam Pertempuran Leuctra, Epaminondas dan Pelopidas, jeneral-jeneral Thebes, mencapai suatu kemenangan yang muktamad terhadap tentera Sparta di bawah Cleombrotus I, raja Sparta yang lain, yang dibunuh dalam pertempuran ini. Epaminondas memenangi pertempuran ini melalui sebuah inovasi taktikal yang melibatkan lebih dahulu menyerang musuh dengan begitu teruk pada tempatnya yang paling kuat berbanding yang paling lemah, sehingga tidak dapat dipertahankan. Oleh sebab pertempuran ini, persekutuan Boeotia terselamat.
  • Athens tidak mengalu-alukan kemenangan Thebes, dan takut akan keagresifannya yang semakin membangkit. Selepas kemenangan Thebes, perikatan lama antara Parsi dan Thebes dipulihkan.
  • Dengan kekalahan Sparta ini oleh tentera Thebes yang tidak dijangka, Arcadia memutuskan untuk menuntut semula kemerdekaaan mereka. Mereka membina semula Mantinea, membentuk Liga Arcadia, serta membina sebuah kota persekutuan baru di Megalopolis.
  • Agesipolis II mewarisi bapanya, Cleombrotus I, sebagai raja Sparta.

Mengikut topik[sunting | sunting sumber]

Astronomi[sunting | sunting sumber]

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]