410 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abad: Abad ke-6 SM · Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM
Dekad: 440-an SM 430-an SM 420-an SM 410-an SM 400-an SM 390-an SM 380-an SM
Tahun: 413 SM 412 SM 411 SM 410 SM 409 SM 408 SM 407 SM


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Mengetuai 20 buah kapal, Theramenes dan Thrasybulus, jeneral-jeneral Athens, bekerjasama dengan Alcibiades dan armada utama Athens untuk mencapai kemenangan yang utama terhadap angkatan tentera Sparta yang diketuai oleh Mindarus dan angkatan tentera darat Parsi yang membantunya dekat Cyzicus di pantai Propontis (Laut Marmara). Oleh sebab kemenangannya dalam Perang Cyzicus ini, Athens memperoleh semula kawalan terhadap laluan biji-bijian yang penting dari Laut Hitam.
  • Alcibiades menempatkan sebuah garison di Chrysopolis di bawah Theramenes untuk mengenakan cukai pada semua kapal yang masuk ke dalam Laut Hitam. Hasil ini membolehkan Athens mengakhiri rejim Lima Ribu dan memulihkan institusi-institusi tradisional dengan penuh. Demokrasi dipulihkan di Athens. Cleophon, demagog baru, mengetepikan percubaan perdamaian yang dibuat oleh Sparta.
  • Pemberontakan oligarki di Corcyra tidak berjaya.
  • 410 SM - 407 SM - Ukiran timbul Nike (Dewi Kemenangan) membetulkan sandalnya: Hiasan ukiran timbul daripada tembok rendah (kini dimusnahkan) Candi Athena Nike, Akropolis, Athens dicipta dan cebisannya kini berada di Muzium Akropolis, Athens.

Carthage[sunting | sunting sumber]

  • Dengan pemberontakan dan pemisahan tanah-tanah jajahan Carthage di Iberia, bekalan utama perak dan tembaga Carthage diberhentikan. Hannibal Mago, cucu kepada Hamilcar (jeneral Carthage yang tidak berjaya menyerang Sicily pada tahun 480 SM), memulakan persediaan untuk menuntut balik Sicily.

Cyprus[sunting | sunting sumber]

  • Evagoras mengemukakan semula tuntutan keluarganya sebagai raja kepada Salamis yang telah dikuasai oleh Phoenicia buat beberapa tahun.

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]