434 SM
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Abad: | Abad ke-6 SM · Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM |
| Dekad: | 460-an SM 450-an SM 440-an SM 430-an SM 420-an SM 410-an SM 400-an SM |
| Tahun: | 437 SM 436 SM 435 SM 434 SM 433 SM 432 SM 431 SM |
[sunting] Peristiwa
[sunting] Mengikut tempat
[sunting] Yunani
- Di bawah pimpinan Pericles, Athens memperkenalkan satu siri langkah ("Dekri Megara") yang mengenakan sekatan ekonomi ke atas Megara kerana mencemari tanah yang suci kepada dewi Demeter. Menurut peruntukan-peruntukan dekri ini, pedagang-pedagang Megara tidak boleh menyertai pasaran Athens atau masuk ke dalam pelabuhan-pelabuhan empayarnya. Pengharaman ini mencengkam ekonomi Megara dan membahayakan keamanan yang mudah terjejas antara Athens dan Sparta yang bersekutu dengan Megara.
- Philip, adik Perdiccas II dari Macedon, mencabar Perdiccas untuk takhta, dan mendapatkan bantuan daripada Athens dan Raja Derdas dari Elimea. Perdiccas membalas dengan memulakan pemberontakan-pemberontakan di sebilangan kota yang membayar ufti kepada Athens, termasuk Potidaea.
- Anaxagoras ditangkap oleh penentang-penentang politik Pericles atas tuduhan menyalahi dogma-dogma agama Athens yang sudah mantap, dan memerlukan kebolehan berpidato dan pujukan Pericles untuk memperoleh pembebasannya. Walaupun begitu, beliau didenda dan dipaksa beredar dari Athens ke Lampsacus di Ionia.
[sunting] Mengikut topik
[sunting] Matematik
- Semasa di dalam penjara, Anaxagoras mencuba mempersegikan bulatan dengan tepi lurus dan sepasang kompas.