71
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 71. Bagi kegunaan lain, sila lihat 71 (nombor).
| Abad: | Abad ke-1 SM · Abad ke-1 · Abad ke-2 |
| Dekad: | 40-an 50-an 60-an 70-an 80-an 90-an 100-an |
| Tahun: | 68 69 70 71 72 73 74 |
71 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Selasa dalam kalendar Gregory.
Peristiwa[sunting]
Mengikut tempat[sunting]
Asia[sunting]
- Rabel II, raja Nabataea, memulakan pemerintahannya, dan menjadikan Bostra di Syria sebagai ibu kotanya yang kedua.
Empayar Rom[sunting]
- Konsul-konsul: Vespasian, dan Nerva.
- Rom membina sebuah kubu di York (Eboracum) sebagai pangkalan untuk tenteranya di utara. Pada mula-mulanya, kubu itu dibina khusus untuk legion IX Hispania. Peluasan yang kemudian termasuk perumahan awam, rumah-rumah mandi, serta candi-candi.
- Potillius Cerealis, gabenor Britain, mematahkan pemberontakan puak Brigantes.
- Potillius Cerealis menewaskan tentera Claudius Civilis dalam Pertempuran Treves dan dengan itu, mematahkan pemberontakan Batavia.
- Titus dijadikan pengawal praetoria dan diberikan kuasa pemerintahan prokonsular serta juga kuasa tribun. Kesemua ini menunjukkan bahawa Vespasian ingin mengikut tradisi pewarisan keturunan.
Mengikut topik[sunting]
Agama[sunting]
- Mitraisme, agama misteri, mula tersebar di seluruh Empayar Rom.
Seni dan Sains[sunting]
- Mangga dengan kunci yang bereka bentuk pintar mula digunakan di Rom.