York

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
City of York
U.A. and Bandar raya
Pemandangan York dari udara, dengan York Minster di tengah

Arms of City of York Council
Lokasi York di England
Koordinat: 53°57′30″N 1°5′48″W / 53.95833°U 1.09667°B / 53.95833; -1.09667
Negara United Kingdom
Negeri England
Wilayah Yorkshire and the Humber
Kaunti istiadat North Yorkshire
Pentadbiran York City Centre
Diduduki orang Rom sebagai Eboracum sekitar AD 71
Kerajaan
 • Jenis Unitary Authority, Bandar raya
 • Kerajaan setempat City of York Council
 • Kepemimpinan: Pemimpin dan Eksekutif
 • Eksekutif: Liberal Democrat
 • Ahli Parlimen: Hugh Bayley (L)
John Greenway (C)
John Grogan (L)
Anne McIntosh (C)
Keluasan
 • Jumlah 105.00 sq mi (271.94 km2)
Populasi (2005 ang. / Perbandaran 2006)
 • Jumlah 195,400 (Tempat ke-82)
 • Kepadatan 1,780/sq mi (687/km2)
 • Keetnikan
(anggaran 2005)[1]
95.6% orang Putih
3.0% orang Asia
0.9% campuran
0.5% orang Hitam
Zon waktu Waktu Min Greenwich (UTC+0)
 • Musim panas (DST) Waktu musim panas (UTC+1)
Poskod YO
Kod kawasan 01904
ISO 3166-2 GB-YOR
Kod ONS 00FF
Rujukan grid OS SE603517
NUTS 3 UKE21
Laman web www.york.gov.uk

York (Mengenai bunyi ini sebutan ) ialah sebuah kota bersejarah bertaraf bandar raya di Yorkshire Utara, England. Bandar raya ini terletak di pertemuan Sungai Ouse dengan Sungai Foss dan terkenal dengan kekayaan sejarahnya, memainkan peranan penting sepanjang kewujudannya. Bandar raya York kini berusia hampir 2,000 tahun.

Bandar raya ini diasaskan sebagai Eboracum pada tahun 71 M oleh orang-orang Rom dan pernah dijadikan salah satu daripada dua ibu kota Britain Rom.[2] Ketika tempoh ini beberapa tokoh bersejarah yang terkemuka seperti Constantine Agung pernah dikaitkan dengan bandar raya ini. Seluruh Empayar Rom pernah ditadbir dari bandara ini selama dua tahun oleh Septimus Severus. [3]

Selepas orang-orang Angel berpindah masuk ke dalam bandar raya ini, nama Eoferwic diberikan kepadanya. Bandar raya ini juga menjadi ibu kota Kerajaan Northumbria[4] Orang-orang Viking menawan bandar raya ini pada tahun 866 dan menamakannya sebagai Jórvík, ibu kota sebuah kerajaan dengan nama yang sama yang merangkumi kebanyakan wilayah di utara England. Sepanjang tahun 1000, bandar raya ini dikenali dengan namanya sekarang, York.[4]

Raja Richard II pernah berhasrat menjadikan bandar raya ini sebagai ibu kota England, tetapi sebelum baginda boleh bertindak sedemikian, baginda digulingkan terlebih dahulu.[4] Selepas Perang Bunga Ros, York menempatkan Majlis Utara dan dianggap sebagai ibu kota wilayah-wilayah Utara. Hanya sewaktu 1660-an pengaruh politik bandar raya ini mula pudar. Namun begitu, York kekal menjadi ibu kota bagi wilayah Yorkshire.[4] Wilayah York merupakan salah satu daripada dua wilayah gereja Inggeris di samping Canterbury.

Sejak 1996, nama Bandar Raya York merujuk kepada kawasan pihak berkuasa kesatuan yang turut meliputi kawasan luar bandar merentas sempadan kota lama. Kawasan perbandarannya didiami oleh seramai 137,505 orang penduduk, manakala keseluruhan kawasan pihak berkuasa kesatuan mempunyai seramai 184,900 orang. Ketika ini, pusat bandar raya ini di dalam tembok kota lama menjadi destinasi tarikan pelancong dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari seluruh dunia.

Bandar kembar[sunting | sunting sumber]

York dikembarkan dengan:

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. "Resident Population Estimates by Ethnic Group (Percentages)". Office for National Statistics. 2005. Diperoleh pada 2008-07-26. 
  2. "Lower (Britannia Inferior) and Upper Britain (Britannia Superior)". VanderBilt.edu. 24 Oktober 2007.  (Inggeris)
  3. "Roman York - a brief introduction to York's Roman History". YorkRomanFestival.com. 25 Oktober 2007.  (Inggeris)
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 "Timeline". VisitYork.org. 25 Oktober 2007.  (Inggeris)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]