Abnus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keratan rentas kayu jenis abnus yang mempunyai teras berwarna hitam di tengahnya.

Abnus (Jawi: أبنوس; serapan bahasa Arab meminjam bahasa Yunani Kuno ἔβενος ébenos dari hbny dalam bahasa Mesir Purba[1][2]) adalah sejenis kayu keras berwarna hitam keperangan diperolehi dari beberapa spesies pokok dalam genus Diospyros termasuk D. ebenum dari selatan India dan Sri Lanka, D. crassiflora dari Afrika Barat dan Diospyros celebica dari pulau Sulawesi di Asia Tenggara. Kayu ini sangat dikehendaki sebagai kayu hiasan kerana rasa sentuh halus serta berciri menggilap seakan cermin setelah dikemaskan.[3]

Kayu ini banyak digunakan dalam penghasilan bahagian alat muzik termasuk kekunci piano dan papan jari alat bertali seperti biola, gitar dan selo; buah-buah catur hitam yang seganding putih gading; batang snuker dan pemegang senjata api seperti senapang patah dan pistol.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "abnus". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 2 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  2. ^ Beekes, R. S. P.; van Beek, Lucien (2009). Etymological Dictionary of Greek. Leiden: Brill. m/s. 368. ISBN 978-90-04-17418-4.
  3. ^ "Gaboon Ebony". www.wood-database.com/ Lumber Identification (Hardwoods). The Wood Database. Dicapai pada 2016-12-11.