Abuja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 09°04′N 07°29′E / 9.067°N 7.483°E / 9.067; 7.483

Abuja, Nigeria
Abuja, Nigeria.
Abuja, Nigeria.
Abuja, Nigeria.
Peta Nigeria yang menunjukkan lokasi Abuja di tengah Nigeria.
Peta Nigeria yang menunjukkan lokasi Abuja di tengah Nigeria.
Peta Nigeria yang menunjukkan lokasi Abuja di tengah Nigeria.
Koordinat: 9°N 10°E / 9°N 10°E / 9; 10
Provinsi Wilayah Ibu Negara Persekutuan
Kerajaan
 - Menteri Nasir Ahmad el-Rufai
Kepadatan (2005)
 - Bandar 1,320,000
 - Kaw. perbandaran 1,400,000
 - Metro 1,814,000
  anggaran
Zon masa CET (UTC+1)
 - Musim panas (DST) CEST (UTC+1)
Laman web: http://www.fct.gov.ng/

Abuja merupakan ibu negara Nigeria, dengan populasi dianggarkan 2.5 juta. Apabila ia diputuskan untuk memindahkan ibu negara daripada Lagos dalam tahun 1976, satu wilayah ibu negara telah dipilih pada kedudukannya di tengah-tengah negara. Bandar raya yang dirancangkan terletak di tengah apa yang kini merupakan Wilayah Ibu Negara Persekutuan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan pembahagian etnik dan agama Nigeria, rancangan-rancangan telah dibuat sejak kemerdekaan untuk meletakkan ibu negara di lokasi yang dianggap berkecuali oleh semua pihak. Lokasi akhirnya ditetapkan di tengah negara pada awal 1970-an kerana ia melambangkan keberkecualian dan perpaduan negara. Lagi satu dorongan untuk Abuja membuat sedemikian ialah ledakan jumlah penduduk yang mengakibatkan bandar raya penuh sesak dan keadaan-keadaan kotor. Logiknya serupa dengan Brazil yang membina ibu negaranya di Brasília (yang terjadi pada masa yang lebih kurang sama).

Pembinaan dimulakan dan ditahbiskan pada lewat 1970-an, tetapi disebabkan ketakstabilan ekonomi dan politik, peringkat-peringkat awal bandar raya itu tidak disiapkan sehingga lewat 1980-an.

Abuja secara rasmi menjadi ibu negara Nigeria pada 12 Disember 1991. Pelan induk untuk Abuja dan Wilayah Ibu Negara Persekutuan dikembangkan oleh IPA (Perancangan Antarabangsa Bersekutu), sebuah konsortium yang terdiri daripada tiga syarikat Amerika: Perbadanan PRC; Wallace, McHarg, Roberts dan Todd; dan, Archisystems yang merupakan sebahagian Pertubuhan Hughes. Pelan induk Abuja mentakrifkan bentuk kasar dan unsur-unsur reka bentuk utama bandar raya. Bagaiamanapun, penghalusan reka bentuk ini dilakukan oleh Kenzo Tange, seorang arkitek Jepun yang terkenal, bersama dengan pasukan perancang bandar rayanya di syarikat Kenzo Tange dan Urtec.

Bentuk bulan sabit bandar raya membayangkan pertimbangan-pertimbangan infrastruktur dan topografi tapak itu. Bagaimanapun, sesetengah orang berasa ia membayangkan kehendak orang-orang Muslim beriman yang menyetujui reka bentuk itu.

Kebanyakan negara telah memindahkan kedutaan mereka ke Abuja dan mengekalkan bekas kedutaan mereka yang lebih besar sebagai konsulat di bandar raya komersil, Lagos.

Batu Aso

Selain daripada merupakan pusat kerajaan yang utama, Abuja ialah ibu pejabat Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat atau ECOWAS, serta juga cabang ketenteraannya, ECOMOG. Ia juga merupakan ibu pejabat wilayah OPEC.

Ciri Abuja ialah Batu Aso, sebuah monolit 400 meter yang ditinggalkan oleh hakisan. Kompleks Presiden, Dewan Undangan, Mahkamah Agung dan kebanyakan bandar menganjur ke selatan batu ini. "Aso" bermaksud "menang" dalam bahasa orang Asokoro ("orang-orang kemenangan") yang kini terpaksa berpindah.

Bangunan-bangunan menarik yang lain termasuk Masjid Negara Nigeria dan katedral Pusat Gereja Negara. Bandar raya ini dilayani oleh Lapangan Antarabangsa Nnamdi Azikiwe, sedangkan Batu Zuma terletak berhampiran. Kebanyakan bandar raya masih belum dibina seperti yang dirancangkan, dan banyak bangunan masih belum siap.