Kawasan perbandaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kawasan perbandaran ialah entiti pentadbiran yang memiliki wilayah serta penduduk yang ditetapkan dengan jelas dan merupakan daerah serba guna, berbeza dengan daerah tujuan khas. Konsep "kawasan perbandaran" merangkumi kawasan bandar tetapi tidak terhad kepadanya. Sebaliknya, ia biasanya merupakan sebuah bandar raya, bandar, desa, atau sekumpulan kecil entiti-entiti yang tersebut.

Kawasan perbandaran biasanya diperintah oleh seorang datuk bandar serta sebuah majlis bandar atau majlis perbandaran. Di kebanyakan negara, kawasan perbandaran ialah subbahagian pentadbiran terkecil yang mempunyai pucuk pimpinan sendiri yang dipilih menerusi pilihan raya tempatan.

"Kawasan perbandaran" di sesetengah negara juga dirujuk sebagai "komun", misalnya, commune Perancis, commune Itali, comună Romania, kommun Sweden, dan kommune Norway/Denmark. Istilah itu berasal daripada konsep komun Zaman Pertengahan. Kawasan perbandaran yang terbesar didapati di Kanada, Greenland, Australia, dan Brazil.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]