Adnan Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Haji

Adnan Ibrahim

DPMP., PMP., AMP., AMN., ADK., PPT
Kelahiran10 Julai 1948
Meninggal dunia2 Ogos 2017
Sri Hartamas, Kuala Lumpur
Sebab kematianKomplikasi buah pinggang
Terkenal keranaPengarah Pelajaran Negeri Perak (2003-2004)
Pengetua Sekolah Tuanku Abdul Rahman

Dato' Haji Adnan Ibrahim ialah seorang guru dan tokoh pendidikan di Perak, Malaysia. Beliau merupakan bekas Pengetua Sekolah Tuanku Abdul Rahman (1993-1994) dan bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak (2003-2004).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Cikgu Adnan pernah mengajar subjek Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan dan menjadi pengetua di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh (1993-1994). Kemudian beliau menjadi Pegawai Pendidikan Daerah Taiping dan PPD Kinta Utara dari 1 April 1997 - 31 Mac 1999. Beliau bersara selepas berkhidmat selama 30 tahun pada usia 56 tahun (tahun 2004).

Menyertai PAS[sunting | sunting sumber]

Haji Adnan menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 8 April 2008 dalam sebuah majlis di Dewan Orang Ramai Jeram Mengkuang, Bidor, Perak[1]. Penyertaan beliau juga telah diumumkan dalam program pelancaran ‘Jom Masuk PAS’ di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning, Taiping pada 10 Oktober 2011. Turut serta dalam pengumuman penyertaan tersebut ialah bekas pegawai tinggi TLDM, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid[2].

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Perak
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) - Dato' - 2003[3]
    • Darjah Ahli Paduka Mahkota Perak (P.M.P.) - 2001[4]
    • Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P.) - 1996[5]
    • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) - 1994
    • Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K.) - 1992
    • Pingat Pekerti Terpuji (P.P.T.) - 1983

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Dato’ Haji Adnan meninggal dunia di rumah anaknya di Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2017 akibat komplikasi buah pinggang[6].

Allahyarham Dato’ Adnan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Harakah (8 April 2008). "Bekas Pengarah Pendidikan (Dato' Adnan Ibrahim) sertai PAS". Maramizo. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  2. ^ Redzuan RF8 Media (10 Oktober 2011). "Bekas Pengarah Pendidikan Perak masuk PAS, cikgu bila lagi". Suara Pakatan Daily. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  3. ^ Pingat Perak, D.P.M.P. 2003
  4. ^ Pingat Perak, P.M.P. 2001
  5. ^ Pingat Perak, A.M.P, 1996
  6. ^ Salihin Rahim (2 Ogos 2017). "Meninggal dunia". Facbook. Dicapai pada 12 Ogos 2021.