Sekolah Tuanku Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Moto Ilmu Panduan Hidup
Jenis Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim
Kod sekolah AEB2050
Lokasi Bendera Malaysia Malaysia Jalan Sultan Azlan Shah, 31400, Ipoh,, Perak Darul Ridzwan, Malaysia
Telefon 6055457733
Faks 605-5467000


Jalan Sultan Azlan Shah atau nama ringkasnya Sekolah Tuanku Abdul Rahman, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah.

Pada 2009, Jalan Sultan Azlan Shah memiliki 526 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 526 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009


Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Cogan kata Ilmu Panduan Hidup
Ditubuhkan 1957
Jenis Sekolah menengah,
Berasrama penuh SBP Elit
Jantina Lelaki
Penggabungan
Pengetua Tuan Haji Guffri bin Alpiah AMN PPT
Pen. Pengetua Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin
Kakitangan pengajar kira-kira 60 orang
Pelajar kira-kira 600 pelajar
Lokasi Jalan Sultan Azlan Shah,
Ipoh, Perak, MalaysiaBendera Malaysia
Buku tahunan Perintis
Pengetua pertama Tun Hamdan bin Sheikh Tahir (1957-1960)
Laman web http://www.staripoh.com/

Sekolah Tuanku Abdul Rahman (atau nama ringkasnya STAR) merupakan sebuah sekolah menengah berasrama penuh bantuan kerajaan. Sekolah ini telah dinamakan sempena Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Malaysia pertama iaitu Almarhum Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad. Sekolah ini terletak di di Ipoh, Perak. Pada 14 Januari 1957, sekolah ini telah ditubuhkan di tapak kem tentera darat di Baeza Avenue (kini dikenali dengan Jalan Hospital), dan asalnya dikenali dengan Sekolah Menengah Melayu. Pada 2 Januari 1958, tapak sekolah ini berpindah ke tapak sekarang (dahulunya dikenali dengan Tiger Lane) di atas tanah seluas 46 ekar. Pada 14 Mei 1958, sekolah ini ditukar nama kepada "Sekolah Tuanku Abdul Rahman" (STAR). Tujuan utama penubuhan sekolah ini dibina oleh Kerajaan Malaysia pada waktu itu adalah untuk meningkatkan status pendidikan orang Melayu di Malaya.

Isi kandungan

[sunting] Peristiwa penting

  • 2 Januari 1957 - SMM ditubuhkan dan beroperasi di tapak kem tentera darat di Baeza Avenue, Off Ashby Road, Ipoh, Perak dengan pengambilan pelajar kumpulan pertama seramai 360 orang. Pengetua pertama adalah Tuan Hj. Hamdan Bin Sheikh Tahir.
  • 26 Julai 1957 - Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Malaya membuat melawat ke sekolah.
  • 6 Januari 1958 - Sekolah berpindah ke tapak sekarang iaitu di Tiger Lane, Ipoh (kini Jalan Sultan Azlan Shah).
  • 14 Mei 1958 - Pembukaan dan penamaan rasmi sekolah ini oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Tuanku Abdul Rahman, sempena SPB Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman.
  • November 1959 - Kumpulan pelajar pertama menduduki peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE).
  • Januari 1960 - Kelas Tingkatan Empat bermula.
  • November 1961 - Kumpulan pelajar pertama seramai 155 orang menduduki peperiksaan bersama Sijil Sekolah Cambridge Luar Negara/Persekutuan Tanah Melayu.
  • Januari 1962 - Tingkatan Enam Rendah bermula.
  • November 1963 - Kumpulan pertama pelajar Tingkatan Enam Atas (Sastera dan Sains) menduduki peperiksaan Higher School Certificate (HSC) luar negara.
  • Januari 1964 - Sejarah tercipta dengan pengambilan pertama pelajar perempuan ke tingkatan enam bawah yang menyertai kelas sains.
  • Jun 1981 - Pelancaran rasmi Kelas Matrikulasi Sains dengan Universiti Sains Malaysia.
  • 1982 - STAR menyambut Jubli Perak.
  • 2006 - STAR meraikan penubuhan 50 tahun atau Jubli Emas.

[sunting] Sejarah

[sunting] Pencapaian

Dianugerahkan Sekolah Berasrama penuh premier pada tahun 1957, Dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2009, Dianugerahkan Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2011

[sunting] Alamat

Jalan Sultan Azlan Shah
Jalan Sultan Azlan Shah
31400, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055457733
Fax = 605-5467000

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain