Teluk Intan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Teluk Intan Municipal Council
Majlis Perbandaran Teluk Intan
Teluk Intan yang terletak di Malaysia
Teluk Intan Municipal Council
Koordinat: 4°2′N 101°1′E / 4.033°U 101.017°T / 4.033; 101.017Koordinat: 4°2′N 101°1′E / 4.033°U 101.017°T / 4.033; 101.017
Negara Malaysia
Negeri Perak
Daerah Hilir Perak
Kerajaan
 • Jenis Majlis Perbandaran
 • Yang Dipertua HJ. IBRAHIM BIN HJ. AHMAD
Keluasan
 • Jumlah 126.9 km2 (49.0 sq mi)
Populasi (2010 [1])
 • Jumlah 232 800
 • Kepadatan 133/km2 (340/sq mi)
Kod Kawasan 36000
Kod kawasan 05
Laman web www.mpti.gov.my

Bandar Teluk Intan terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak.

Teluk Intan dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh. Dari segi kedudukan bandar di Malaysia. Di Perak menduduki tempat ketiga terbesar.

Bandar terdekat yang lain ialah Sabak Bernam, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Teluk Mak Intan[sunting | sunting sumber]

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.[2][3]

Info Lain[sunting | sunting sumber]

  • Nama asalnya ialah Teluk Ma Hitam.
  • Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan. Kemudiannya Telok Mak Intan telah ditukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu. [4]

Muka bumi[sunting | sunting sumber]

Muka buminya mendatar dan hanya di Changkat Jong dan Tapah agak tinggi sedikit. Tanah jenis aluvium, hasil limpahan lombong bijih timah daripada Batang Padang dan Lembah Kinta. Airnya keruh. Dahulu, likuan Sungai Perak di Teluk Intan ini penuh dengan hutan nipah dan bakau sehingga tahun 1970. Seberang Teluk Intan mengeluarkan atap nipah dan kayu bakau.

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Ada 5 jalan bertumpu ke bandar Teluk Intan.

Sejarah ringkas[sunting | sunting sumber]

  • Residen British ke-3, Sir Hugh Low meminta jasa baik Gabenor Negeri Selat untuk mewujudkan bandar baru pentadbiran di Teluk Malunting (Teluk Mak Intan sebagaimana pelat Hugh Low).
  • Ketika itu pemangku Gabenor Negeri Selat ialah General Sir Archibald Edward Harbord Anson (1826 – 1925). Anson setuju dengan cadangan Hugh Low, malah melukis pelan pertama bandar Teluk Intan. Anson dilantik sebagai pegawai daerah Teluk Intan dan bersara 1882.
  • 15 Mac 1882 Bandar Teluk Anson diberi sempena namanya. Namanya diberikan oleh Hugh Low dalam persetujuan Majlis Negeri .
  • Satu rancangan menyambungkan Teluk Anson dengan Durian Sebatang dan akan menyebabkan Teluk Anson menjadi sebuah pulau di dalam Sungai Perak.
  • 1884 pemangku Residen Perak Frank Swettenham musykil dengan cadangan terusan ini.
  • 1880-an zaman kereta api di Perak telah menyebabkan peranan sungai sebagai jalan perhubungan telah berubah. Stesen kereta api dan pelabuhan yang kukuh dibina di Batak Rabit. Pelabuhan ini sibuk sehingga Perang Dunia Kedua.

Landasan kereta api menghubungkan Pelabuhan Teluk Intan dengan Ipoh, Kampar, Batang Padang, Pulau Pinang, Taiping dan Kuala Lumpur. Kereta api lebih mudah dan cepat dan boleh mengangkut banyak barang terutama bijih timah dan getah serta kayu balak.

Peranan pelabuhan Teluk Intan kedua penting selepas Pelabuhan Klang (Port Swettenham) dari tahun 1934 hingga 1940. Teluk Intan lebih penting berbanding dengan pelabuhan Pulau Pinang, Prai dan Port Dickson.

  • Sultan Idris II menukar nama Teluk Anson kepada Teluk Intan semula.
  • 1962 Majlis Bandaran Telok Anson ditubuhkan iaitu sebuah Lembaga Kerajaan Tempatan. Dilantik seorang Pegawai Daerah.
  • 1970-an peranan Teluk intan sebagai stesen kereta api dan pelabuhan ditamatkan kerana Sungai Perak semakin cetek dan hakisan tebing sungai menyebabkan gudang-gudang runtuh ke dalam sungai.
  • 5 April 1980 Majlis Daerah Hilir Perak ditubuhkan bagi mengurustadbir kawasan Langkap, Chui Chak, Pelawan, Batu Dua Belas.
  • Majlis Bandaran Teluk Intan lebih aktif dan tertakluk kepada :
  1. Akta Kerajaan Tempatan 1976
  2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
  3. Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974
  • 23 April 2003 Majlis Perbandaran Teluk Intan telah dinaiktaraf daripada Majlis Daerah Hilir Perak setelah mendapat kelulusan jemaah menteri.
  • Majlis Perisytiharan telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 4 April 2004.

Pusat-Pusat Tumpuan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakkan pusat tumpuan tertumpu di pusat bandar Teluk Intan.

Membeli-belah[sunting | sunting sumber]

Antara kawasan membeli-belah yang utama di bandar Teluk Intan:

  • Rapid Mall (Giant Hypermarket)
  • The Store, Teluk Intan
  • Medan Intan (Billion Superstore)
  • Kompleks Menara Condong, Teluk Intan
  • Kompleks Aik Aik, Teluk Intan
  • TF Value Mart, Teluk Intan

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Antara pusat pendidikan yang popular di Teluk Intan:

Restoran dan Cafe[sunting | sunting sumber]

Antara restoran dan cafe yang popular di dapati di bandar Teluk Intan:

  • McDonald's Teluk Intan
  • Domino's Pizza Teluk Intan
  • KFC Teluk Intan
  • KFC Pandu-lalu Teluk Intan
  • Pizza Hut Teluk Intan
  • Sushi King Teluk Intan
  • MarryBrown Teluk Intan
  • OldTown White Coffee
  • GeorgeTown White Coffee
  • Tutti Frutti
  • Secret Recipe
  • Restoran Mastan Ghani
  • Restoran M.Gulam Rasul (24 jam)

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

  • Hospital Teluk Intan
  • Hospital Pakar Anson Bay (Anson Bay Medical Centre)
  • Pusat Pakar Rajindar Singh
  • Klinik Kampus Perubatan UKM Cawangan Teluk Intan
  • klinik satu malaysia jalan kampung banjar


Penginapan[sunting | sunting sumber]

Antara hotel-hotel yang popular di bandar ini:

  • Hotel Grand Court, Teluk Intan
  • Hotel Anson, Teluk Intan
  • Hotel Angsoka, Teluk Intan
  • Hotel G-City, Teluk Intan
  • Rumah Rehat Teluk Intan

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Menara Jam Condong Teluk intan[sunting | sunting sumber]

Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.

Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.

Pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.

Batu Bertenggek[sunting | sunting sumber]

Batu bertenggek merupakan seketul batu besar, sebesar kereta Kancil yang diletakkan atas binaan lain berhadapan dengan bangunan SKOMK . Batu bertenggek ini merupakan Tugu Peringatan bagi perajurit yang terkorban dalam masa Perang Dunia Kedua.[5], [6]

Lapangan Terbang Jendrata[sunting | sunting sumber]

Satu satunya lapangan terbang di Teluk Intan. Lapangan terbang persendirian ini terletak di ladang Jenderata.

Banjir kilat dan hakisan[sunting | sunting sumber]

  • 1877 Hugh low telah mengesan masalah hakisan di Teluk Intan yang merosakkan dermaga –dermaga dan bangsal-bangsal yang menyimpan bijih timah .
  • 1902 Majlis Neger-negeri Melayu Bersekutu (FMS) melaporkan hakisan tebing sungai dan landasan kereta api terjejas akibat banjir dan banjir kilat. Likuan sungai semakin sempit.

Banjir atau banjir kilat kerap berlaku di Teluk Intan kecuali selepas Empangan Temenggor dibina. Ini kerana kedudukan muka bumi bandar yang rendah, berhampiran dengan laut yang menyebabkan air pasang melimpah ke sini. Hujan lebat pada bulan Oktober hingga Januari menyebabkan sungai tidak dapat menampung air hujan yang banyak dari hulu Sungai Perak. Tambahan pula muka bumi Teluk Intan hampir putus, menyerupai pulau dan tempat likuan dua sungai iaitu Sungai Perak dan Sungai Bidor.

Hakisan aliran sungai menyebabkan tanah rebak ke dalam sungai terutama pada musim tengkujuh. Sungai Perak semakin berliku. Universiti Sains Malaysia dan Kerajaan negeri Perak telah membuat kajian bagi mengenal pasti masalah dan mengemukakan cadang bagi mengatasinya.

Banjir kerap berlaku terutama di Jalan Wah Khen Jooi dan Jalan Bandar. Majlis Perbandaran Teluk Intan telah mengambil beberapa inisiatif untuk mengatasi masalah ini dengan memperbaiki sistem parit dan longkang yang lebih dalam dan teratur di Pasir Bedamar dan di Durian Sebatang agar masalah ini tidak berulang setiap tahun.

Senarai Ladang[sunting | sunting sumber]

Sebelum 1908 peladang-peladang Eropah khususnya British membuka ladang kelapa dan getah. Oliver Marks melaporkan senarai ladang di Teluk Intan:

  • Ladang Sungai Wangi
  • Ladang Nova Scotia
  • Ladang Rubana
  • Ladang Ratanui
  • Ladang Bagan Datoh
  • Jenderata
  • Ladang Sitiawan
  • Ladang Strathmashie
  • Ladang Selaba
  • Ladang Batak Rabit
  • Ladang Columbia
  • Ladang Cicely
  • Ladang Sabrang
  • Ladang Somerset
  • Ladang Sungai Air Tawar
  • Ladang Captain Turners
  • Ladang Tanglin
  • Ladang Dettah
  • Ladang Captian Dallys
  • Ladang Alexandra
  • Ladang Eden Hall
  • Ladang Castleton
  • Ladang Coningsby

Senarai kampung[sunting | sunting sumber]

  • Kampung Bahagia
  • Kampung Padang Tembak
  • Kampung Baru
  • Kampung Beca
  • Kampung Batak Rabit
  • Kampung Tapak Semenang
  • Kampung Selabak
  • Kampung Sungai Bakung
  • Kampung banjar

Senarai masjid[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Khoo Kay Kim 'Teluk Anson 100 tahun', Persatuan Muzium Malaysia , 1982
  • Mohd Jaafar Hj Hussen, tesis Landskap Teluk Intan , USM, 1983

Pautan luar[sunting | sunting sumber]