Adnan Runner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adnan Runner
GenreDrama
Komedi
Jenayah
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitDavid Teo
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
MIG Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lestary)
Format gambar
Siaran asal11 Mei 2023 – 8 Jun 2023
Kronologi
MengikutiBintang
Diikuti olehDiva Seroja

Adnan Runner ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Azmi Hatta, dan dibintangi oleh Imran Aqil, Bella Dowanna, Wanns Ahmad, Eleen Arisha dan Atira Karma. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 Mulai 11 Mei 2023 menggantikan Bintang.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Adnan (Imran Aqil) yang bekerja sebagai despatch terpaksa menukar kerjayanya setelah syarikat tempatnya bekerja terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan. Adnan mula berasa buntu dan bosan duduk di rumah. Adnan yang tinggal bersama rakan baiknya Bobby (Wanns Ahmad), cuba untuk mencari dan memulakan pekerjaan baharu. Namun, pekerjaan yang dilakukan dirasakan tidak sesuai dengan jiwanya yang selama ini sering bekerja dengan menunggang motor di jalan raya.

Adnan dan Bobby akhirnya mengambil peluang bekerja sebagai runner sambilan memandangkan Adnan sememangnya seorang yang aktif meluncur di jalan raya dengan motornya. Adnan sangat komited dengan kerjaya baharunya. Dia tabah diduga dengan pelbagai situasi apabila berhadapan dengan peniaga dan pelanggan yang mempunyai pelbagai kerenah. Keikhlasan Adnan dalam menjalankan tugasnya, berjaya mengatasi segala situasi yang dihadapinya termasuklah sindiket pengedaran dadah terancang yang ingin memerangkap Adnan sebagai keldai dadah. Bagaimanakah Adnan melepaskan diri daripada perangkap penjenayah yang licik itu?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Kazar Saisi sebagai Tuan Jenal
  • Dai Fuad sebagai Roy
  • Rashdan Baba sebagai Datuk Latiff
  • Elmy Moin sebagai Madi
  • Sarah Monika sebagai Wana
  • Ron Isa sebagai Megat
  • Atira Karma sebagai Sarah
  • Suhaimi Azli sebagai Saiful
  • Razdan Shamsudin sebagai Syakir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Adnan Runner. MyInfotaip. Dicapai 11 Mei 2023